Menu

Harga Gas Memasak LPG Tidak Naik

Harga gas memasak LPG akan naik viral dalam facebook sejak akhir-akhir ini. Ini disebabkan kenaikan harga minyak petrol, diesel dan minyak masak pada awal November 2016 menyebabkan spekulasi harga gas memasak juga akan naik.

Harga Gas Memasak LPG Tidak Naik

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan khabar angin bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) atau gas memasak di negara ini akan dinaikkan tidak lama lagi.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, maklumat tersebut adalah hanya khabar angin yang diviralkan dalam media sosial kerana pihaknya tidak pernah membentangkan cadangan tersebut kepada kerajaan.

Harga Gas Memasak LPG

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada cadangan untuk menaikkan harga gas memasak LPG dalam masa terdekat. Ini hanyalah khabar angin sahaja dan ia tidak benar sama sekali,” jelas Jamil ketika melakukan operasi tinjauan bekalan minyak masak di kilang Golden Palm Oil Industries Sdn. Bhd. di Bandar Tun Razak di sini semalam – Sumber Kosmo Online (05/11/2016).

Penjelasan ini sedikit sebanyak melegakan kerana kenaikan gas memasak LPG akan menambah tekanan kepada orang awam yang masih terasa dengan kenaikan harga minyak petrol, diesel dan minyak masak baru-baru ini.

Kita berharap kerajaan prihatin dan mengambil kira kos kenaikan sara hidup yang dilihat semakin tinggi. Nilai wang amat kecil ketika ini.

Bayangkan anda membawa RM50 ke pasar raya pada masa sekarang apa yang anda dapat beli dengan wang sebanyak itu? Berapa bayak barang yang anda dapat beli terutama yang berkeluarga ramai.

Baca Juga: Cara Mengenali Minyak Masak Kitar Semula

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!