Harga Gula Naik Mac 2017 Sebanyak 11 Sen

Sebelum ini, admin pernah menulis harga gula dijangka naik tetapi tunggu keputusan kerajaan dan akhirnya menjadi kenyataan. Selepas reda sekejap riuh rendah harga petrol dan diesel naik dua bulan berturut-turut, rakyat Malaysia mendapat habuan baru, harga gula naik Mac 2017.

harga gula naik mac 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggumumkan harga gula pasir putih bertapis kasar ditetapkan pada RM2.95 sekilogram, berbanding RM2.84 sekilogram sebelum ini iaitu kenaikan sebanyak 11 sen.

Harga Gula Naik Mac 2017 Sebanyak 11 Sen

  • Harga Gula Sebelum Mac 2017: RM2.84 sekilogram
  • Harga Gula Mulai Mac 2017: RM2.95 sekilogram

Menurut KPDNKK dalam satu kenyataan hari ini, penetapan harga baru itu dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.2) 2017.

“Hal ini disebabkan peningkatan ketara bagi harga gula mentah dunia yang diimport oleh Malaysia, bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga itu pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain,” menurut KPDNKK.

Jelas kenyataan itu lagi, kali terakhir harga gula naik adalah pada 25 Oktober 2013.

Mesti Baca: Jom Bisnes Air Balang. Modal Rendah, Untung Lumayan

Admin dapat rasakan harga makanan dan minuman pasti akan naik selepas ini.

Orang cakap kurangkan gula dalam minuman dan tambahkan manis dalam senyuman.

Tapi….. dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini senyum kelat je …

Dah jangan nak merungut harga gula naik Mac 2017 ni, hadap je sama-sama ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!