Harga Gula Naik Tunggu Keputusan Kerajaan

MSM Malaysia Holding Berhad, anak syarikat FELDA Global Ventures (FGV) sebagai peneraju gula bertapis utama negara masih menunggu keputusan kerajaan berkaitan kenaikan harga gula. Jika ianya diluluskan, harga gula naik dalam masa terdekat ini.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun berlaku kenaikan harga gula mentah dunia, MSM Malaysia Holding Berhad tidak akan menaikkan harga gula tanpa kelulusan kerajaan.

“Namun dibimbangi kesan kenaikan harga gula mentah dunia semakin ketara kerana meningkat sehingga 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kita sudah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mengkaji harga siling gula namun ia belum diputuskan lagi.

harga gula naik

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga berkata selagi belum ada pengumuman rasmi, harga gula di pasaran masih dijual pada RM2.84 sekilogram.

Menurutnya lagi, ketika ini pengeluaran gula oleh dua kilang milik MSM di Prai dan Perlis ialah 90,000 tan sebulan, mencukupi untuk menampung kegunaan penduduk di negara ini – Sumber: Harian Metro (29/11/2016)

Pada pandangan admin, jika benar harga gula naik dalam masa terdekat ini apa yang kita boleh buat hanya pakat tambah manis dalam senyuman je.

Suka atau tidak kenaikan harga barang memang lumrah. Naik biasa turun tak biasa 🙂

Kita tunggu dan lihat kesudahan cerita harga gula naik nanti  ok.

Baca Juga: Harga Gas Memasak LPG Tidak Naik

Leave a Reply

error: Content is protected !!