Menu

Harga Minyak Dunia Turun Harga Minyak Malaysia Naik

Harga minyak dunia turun ketara mencecah paras terendah satu bulan disebabkan kebimbangan berhubung kemampuan OPEC dalam melaksanakan rancangan pengurangan pengeluaran, manakala harga saham global pula kurang stabil berikutan sentimen semasa.

Harga minyak mentah jatuh lebih tiga peratus disebabkan keraguan berhubungan keupayaan pelaksanaan cadangan pengurangan pengeluaran OPEC.

Baca Juga: Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

OPEC yang dijangka menunjukkan rekod pengeluaran tertinggi pada Oktober, turut mempengaruhi pasaran.

Brent jatuh AS$1.41, atau 2.84 peratus pagi ini, pada AS$48.30 satu tong, manakala minyak mentah AS pula susut AS$1.84, atau 3.78 peratus, pada AS$46.86.

Harga minyak yang lebih rendah mempengaruhi saham berkaitan tenaga di Wall Street dan bursa saham Eropah. Sumber

Harga Minyak Dunia Turun

Harga Minyak Dunia Turun Harga Minyak Malaysia Naik

Merujuk kepada berita harga minyak dunia turun sepatutnya harga minyak Malaysia juga turun tetapi sebaliknya berlaku yang mana bermula 01 November 2016 harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 15 sen.

Berdasarkan kaedah pengapungan terkawal yang dilaksanakan sejak subsidi minyak dihapuskan harga minyak ditentukan melalui kaedah:

purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya

Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat.

Melalui kaedah pengapungan terkawal, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk berasaskan kos setiap masa, harga pasaran dunia dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

Kesimpulannya, harga minyak petrol dan diesel naik 01 November 2016 walaupun harga minyak dunia turun mungkin disebabkan:

  • Kos menukarkan minyak mentah kepada minyak yang boleh digunakan naik mendadak
  • Kadar tukaran mata wang yang mana Ringgit Malaysia susut nilai berbanding mata wang USD

Ini hanya pandangan peribadi admin saja. Jawapan sebenar mengapa harga minyak Malaysia naik walaupun harga minyak dunia turun anda boleh tanya kerajaan 🙂

Pesan admin jangan cakap lebih-lebih kalau tak tahu apa-apa dan jangan sebarkan berita yang tidak sah jika tak mahu berdepan tindakan undang-undang.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!