Harga Minyak Januari 2019 Turun? Belum Tahu Lagi.

Penghujung tahun 2018 rakyat Malaysia mendapat khabar gembira harga minyak Januari 2019 turun selepas kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan, kaedah sama yang digunakan Barisan Nasional ketika masih berkuasa dahulu.

Tersebar meluas ketika itu harga RON95 akan diturunkan pada harga RM1.90 seliter sebaik sahaja memasuki Tahun Baru 2019.

Harga Minyak Januari 2019 Turun

Bersorak gembira rakyat jelata kerana harga minyak RON95 akhirnya akan turun selepas harga kekal sejak bulan Mei 2018 sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Tetapi secara tiba-tiba Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan di saat akhir sebelum masuk tahun 2019, harga minyak RON95 tidak akan turun dan kekal buat beberapa ketika kerana mendapat bantahan daripada pengusaha pam minyak.

Sekejap turun, sekejap tidak. Jangan harga minyak RON95 naik sudah betul tak? Ini baru betul kena kencing.

Harga Minyak Januari 2019 Turun? Belum Tahu Lagi.

Kabinet belum mendapat kata putus mengenai harga petrol dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Tiada keputusan dibuat semalam,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

Portal itu juga sedang cuba menghubungi Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut.

Pada 23 Dis lepas, Lim mengumumkan bahawa mulai 1 Jan, 2019, harga bahan api termasuk RON 95, akan mula diapungkan secara mingguan.

Harga Minyak Januari 2019 Turun

Mesti Baca: Petrol Dan Diesel Kering Januari 2019?

Berikutan itu, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menentang keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.

PDAM juga meminta kerajaan menaikkan komisen pengusaha stesen minyak bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet semalam, Mahathir bertemu wakil dan pimpinan PDAM selama 45 minit bagi mendengar kebimbangan mereka.

Pada masa ini, RON95 berharga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan RM2.19 seliter bagi diesel.

Kerajaan sedang mempertimbangkan sistem penetapan harga syiling bagi bahan api itu, meskipun harga pasaran terus meningkat.

Sumber

Kita tunggu sahaja berita terkini dalam masa terdekat sama ada harga minyak Januari 2019 turun atau kekal.

Jangan naik sudah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!