Harga Minyak Naik Harga Rawatan Gigi Pun Naik?

Admin baru bercadang nak cabut gigi pagi ini tiba-tiba terbaca di harian metro harga rawatan gigi naik . Katanya dah tular di facebook tapi admin tak perasan pula.

Pulak…. apa kena mengena harga minyak naik dengan cabut gigi?

Baru je semalam 01 Februari harga minyak petrol dan diesel naik.. marah pun tak hilang lagi  ni..

Kalau harga rawatan gigi naik ada ke yang akan boikot tak nak cabut gigi?

Admin tak sanggup menanggung sakit.. terpaksalah mahal ke apa nak buat macam mana..

Kalau berani boleh cabut gigi sendiri ikat benang tarik kuat-kuat 🙂

Dah malas admin nak mengarut, bacalah apa cerita harga baru rawatan gigi yang admin petik terus daripada Harian Metro Online.

Harga Minyak Naik Harga Rawatan Gigi Pun Naik?

Harga Rawatan Gigi

Kementerian Kesihatan memaklumkan kos rawatan baru caj pergigian bagi 2017 yang tular di media sosial adalah kos asas semasa bagi rawatan pergigian bagi pesakit dalam Kelas 1 dan 2 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan mesej tular di mana kementerian menetapkan harga baru bagi cabutan gigi; cuci gigi dan tampalan pada harga RM15 hingga RM55, sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Mesti Baca: Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?

“Caj pergigian dan perubatan itu hanya dinaikkan bagi pesakit dalam Kelas 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus komited untuk memberikan subsidi terutama bagi pesakit Kelas 3 yang menerima subsidi 98 peratus bagi kos rawatan perubatan dan pergigian).

Katanya, kementerian ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

Harga Rawatan Gigi

Dr Noor Hisham berkata, mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

Sebelum ini, menerusi pekeliling dikeluarkan Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan memaklumkan, caj membabitkan pergigian adalah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Mac depan berbanding cadangan pelaksanaannya yang sepatutnya bermula semalam.

Menerusi surat pekeliling itu, harga baru bagi caj cabutan gigi adalah RM15 berbanding RM1 sebelum ini; manakala, harga baru bagi cuci gigi pula adalah RM55 berbanding RM2 dan harga baru bagi tampalan pula RM25 berbanding RM2 sebelum ini – Sumber

Baca dah?

Harga rawatan gigi naik ke?

Yang admin faham kos rawatan gigi akan naik untuk pesakit kelas 1 dan 2 saja bermula 01 Mac 2017.

Naik hantu bila dengar harga naik ni betul tak? 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!