Harga Minyak Naik Setiap Minggu, Harga Minyak Cap Kapak Kekal

Apabila disebut harga minyak naik semua orang marah betul tak? Sebabnya, turun naik harga minyak akan menentukan harga barangan lain. Lazimnya, alasan harga minyak naik digunakan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan.

Malangnya, apabila harga minyak turun tak akan menyebabkan harga barang turun. Itulah keperitan yang ditanggung rakyat apabila harga minyak naik.

Marah pun tak guna, naik atau turun harga minyak tetap kena isi juga.  Orang cakap redha je.. tetapi yang tak sedapnya, harga minyak dah naik 11 minggu berturut-turut atau kekal mengikut harga minggu sebelumnya. Walaupun cuma kenaikan 1 sen, impaknya tetap ada.

Berita baiknya, harga minyak cap kapak kekal untuk anda gunakan apabila sakit kepala akibat kenaikan kos sara hidup.

Harga Minyak Naik 11 Minggu Berturut- Turut

Harga petrol RON95 dan RON97 terus menunjukkan trend menaik yang bermula sejak 6 Julai atau 11 minggu lalu.

Untuk minggu mendatang, mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 akan dijual lebih mahal.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada RM2.21 seliter (1sen lebih mahal) manakala RON97 pula RM2.52 seliter (naik 4sen).

Harga diesel juga dilaporkan naik dan akan dijual pada harga RM2.14 seliter (naik 9sen).

Mesti Baca: Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira? 

harga minyak naik

Harga minyak naik hampir setiap minggu sejak 6 Julai lalu.

Dalam tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali, iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.
Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Ia kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mekanisme baru ini diperkenalkan sejak April lalu. – Sumber

Apa yang boleh kita lakukan jika harga minyak naik?

Biasa nasihat yang kita dengar, kawal perbelanjaan dan elakkan pembaziran.

Nasihat admin, cuba cari atau buat pendapatan sampingan tidak kira berniaga online dan sebagainya.

Kalau terus mengeluh kehidupan tak berubah, kita kena berubah ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!