Selepas 8 Bulan, Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun.

Penantian suatu penyeksaan. Selepas hampir 8 bulan sejak PRU14 pada bulan Mei 2018, harga minyak petrol dan diesel turun juga akhirnya.

Sebelum PRU14, kita sering dimomokkan oleh Pakatan Harapan dengan pelbagai teori mengira harga minyak dan sebagainya serta ungkapan keramat mereka;

“Hari ini kami menang ESOK harga minyak turun”

Takdir menentukan Kerajaan Barisan Nasional tumbang tetapi harga minyak dan diesel terus kekal.

Bukan hari ini, bukan seminggu tetapi 8 bulan rakyat menanti harga minyak dan diesel turun.

Mesti Baca: Ingat! Bermula 2019, Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun

Harap pengumuman kali ini menjadi selepas hujung tahun 2018, sepatutnya harga minyak dan diesel turun pada 01 Januari 2019 seperti yang diwar-warkan boleh pula ditarikbalik secara mengejut beberapa jam sebelum menyambut tahun baru 2019.

Kita berharap kerajaan Pakatan Harapan terus memegang amanah rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara dalam tempoh 5 tahun ini.

Kalau lebih kurang atau lebih teruk daripada Barisan Nasional dahulu, baik kekal kepada yang lama betul tak?

Selepas 8 Bulan, Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun.

Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Semua harga itu berkuat kuasa mulai 5 Januari 2019 sehingga 11 Januari 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini,” katanya.

Menurut Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat – Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!