Menu

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Minggu Pertama Turun

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel minggu pertama turun menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga minyak petrol dan diesel diumumkan secara mingguan yang bermula tengah malam ini.

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Minggu Pertama Turun

Harga baru minyak petrol dan diesel minggu pertama ini berkuatkuasa bermula jam 12.01 tengah malam ini dan berakhir 5 April.

  • Harga RON97 = RM2.41 seliter iaitu turun sebanyak 19 sen
  • Harga RON95 = RM2.13 seliter iaitu turun sebanyak 17 sen seliter
  • Harga diesel = RM2.11 seliter turun 9 sen

Bagi minggu seterusnya, pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan menggunakan kaedah purata ‘cost producted petroleum’ yang siap diproses dengan kadar tukar matawang bagi tempoh seminggu.

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Minggu Pertama Turun

Gambar: Berita Harian Online

Semua stesen minyak diingatkan mematuhi ketetapan harga baru ini . Tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain harga yang ditetapkan oleh kerajaan – Sumber Berita Harian Online

Mesti Baca: Tempoh Giliran Tunai Haji Dipendekkan 89 Tahun Daripada 102

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel minggu pertama turun memberi sedikit kelegaan setelah dua bulan berturut-turut harga minyak petrol dan diesel naik.

Pengiraan harga petrol dan diesel secara mingguan bermula jam 12.01 tengah malam ini (30 Mac 2017) dan kiraan seterusnya pada 05 April 2017.

Kita tengok pula bagaimana kiraan harga mingguan ini pula, sama ada menjadi semakin baik atau sebaliknya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!