Harga Rokok Naik Selepas SST? Rokok Haram Ada…

Harga rokok naik! JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September. Di antara jenama rokok yang diedarkan oleh JT International Bhd (JTI Malaysia)  adalah seperti Winston, Mevius dan LD.

Berita ini pasti mengejutkan dan menimbulkan rasa kurang senang kepada perokok tegar di bawah syarikat tersebut.

Namun, inilah realiti yang akan dihadapi perokok yang membeli jenama rokok di bawah syarikat JTI sebaik sahaja SST bermula 01 September nanti.

Harga Rokok Naik Selepas SST, Rokok Haram Ada…

Apa maksud rokok haram? ada pula rokok halal dan haram. Ringkasnya rokok haram adalah rokok yang lari daripada bayar cukai atau diseludup secara haram masuk ke negara kita dengan pelbagai cara.

Mesti Baca: Berhenti Rokok Atau Dapat COPD. Mana Nak?

Harga rokok haram jauh lebih murah dengan perbezaan harga lebih kurang 50%. Contohnya, harga rokok John halal adalah RM6.00 manakala harga  rokok John haram pula RM4.50. Nampak tak perbezaan harga yang sangat ketara!

Sebenarnya, apabila harga rokok naik seperti tidak menjejaskan perokok tegar langsung kerana mereka boleh beralih kepada rokok yang dijual secara haram dan rokok haram ini sangat mudah diperolehi.

Siapa yang lebih terasa apabila harga rokok naik?

Menurut syarikat rokok JT International Bhd (JTI Malaysia), situasi penjualan rokok haram ketika ini pada kadar kritikal iaitu 58%.

Inilah yang membimbangkan syarikat rokok. Mereka sedar apabila rokok yang dijual mengikut undang-undang  naik harga, perokok tiada pilihan lain kecuali beralih arah kepada rokok yang dijual secara haram dengan harga jauh lebih murah.

Mesti Baca: Tips Berhenti Rokok Yang Boleh Dicuba

Bagi seorang perokok tegar, mereka tidak kisah langsung dengan isu lari cukai atau kesan lain akibat beli rokok haram janji dapat asap sudah.

Kesimpulannya, syarikat rokok paling terkesan apabila harga rokok naik. Bayangkan kalau separuh pelanggan setia mereka mencari rokok haram?

Admin berpendapat syarikat rokok di Malaysia boleh gulung tikar jika harga rokok naik selepas SST. Dalam situasi ekonomi yang mencabar, seorang perokok juga berkira-kira untuk merokok.

Mereka sukar untuk berhenti merokok secara mendadak, alternatifnya mereka akan cari rokok dengan harga lebih murah.

Rasa lebih kurang sahaja. Rasa asap juga cuma membezakan adalah jenama dan prestij sahaja. Baik hisap rokok murah saja janji keluar asap 🙂

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!