Menu

Harga RON 95, RON 97, Diesel Mac 2017

Harga RON 95, RON 97, diesel Mac 2017 akan diketahui menjelang tengah malam nanti. Sekejap sangat rasanya… macam biasa masuk saja hujung bulan ramai pakar ekonomi akan muncul meramal harga minyak naik atau turun.

UPDATE: Harga minyak RON 95 dan RON 97 KEKAL manakala harga diesel NAIK 5 sen.

Admin ada dengar khabar-khabar angin harga RON 95, RON 97, diesel Mac 2017 akan naik lagi.

Betul ke tak kita tunggu saja ok?

Kalau naik lagi dah tiga bulan berturut-turut harga minyak petrol dan diesel naik.

Harga RON 95, RON 97, Diesel Mac 2017

Ramalan Pakar Harga RON 95, RON 97, Diesel Mac 2017

HARGA minyak petrol dan diesel Mac 2017 dijangka tidak berubah akibat tiada perubahan ketara pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia.

Ini ramalan yang dibuat oleh pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan seperti dilaporkan China Press.

Mesti Baca: Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira?

Tia Guan memberitahu, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lepas, tiada perbezaan yang besar iaitu berada di paras antara AS$55-AS$57 setong.

Tian Guan menegaskan, ramalannya adalah berdasarkan pada kedudukan semasa harga minyak mentah dunia dan bukan pada Mean of Platts Singapore (MOPs) yang membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari – Sumber

Sejak Januari 2017, harga minyak telah naik dua bulan berturut-turut, bagaimana pula dengan Mac 2017? Kita tunggu saja ok..

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Januari 2017

  • RON95 = RM2.10 seliter
  • RON97 = RM2.40 seliter
  • Diesel = RM2.05 seliter

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Februari 2017

  • RON95 = RM2.30 seliter
  • RON97 = RM2.60 seliter
  • Diesel = RM2.15 seliter

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Mac 2017

  • RON95 = RM2.30 seliter
  • RON97 = RM2.60 seliter
  • Diesel = RM2.20 seliter

BR1M dah dapat bolehlah kerajaan naik harga minyak betul tak?

BR1M tu jimatlah, boleh tampung duit minyak sampai dapat BR1M tahun depan..

Tapi… admin yang tak dapat BR1M macam mana pula?

Dah… malas admin nak fikir tunggu je malam ni…

Nantikan update daripada admin harga RON 95, RON 97, diesel Mac 2017 selepas mendapat pengesahan rasmi ok

UPDATE: Harga minyak RON 95 dan RON 97 KEKAL manakala harga diesel NAIK 5 sen.

Leave a Reply

error: Content is protected !!