Harga Tol Empat Lebuh Raya Bakal Naik Tahun Depan

Selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga minyak masak, petrol dan diesel bermula November 2016 khabar “buruk” datang lagi iaitu harga tol empat lebuh raya bakal naik tahun depan.

“Hadiah” tahun baru 2017 itu dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berkata lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Harga Tol Empat Lebuh Raya Bakal Naik

Alasan harga tol empat lebuh raya bakal naik tahun depan itu berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.

Baca Juga: Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

Sekiranya kenaikan harga tol di empat lebuh raya terbabit tidak dilaksanakan kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM59.77 juta.

Beliau menjelaskan walaupun syarikat konsesi menerima jumlah kutipan tol yang tinggi, ia tidak bermakna mereka mengaut keuntungan yang besar kerana ia perlu dibelanjakan untuk pelbagai komitmen lain seperti penyelenggaraan dan sebagainya.

Baca Juga: Harga Minyak Dunia Turun Harga Minyak Malaysia Naik

Secara purata syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman kepada institusi pemberi pinjaman atau bank sebanyak 45 hingga 50 peratus daripada hasil kutipan tol yang diperoleh, operasi dan penyelenggaraan (20 peratus) serta kos untuk membaik pulih dan menaik taraf lebuh raya (15 hingga 20 peratus).

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hasil pulangan atau keuntungan kepada pemegang saham pula dianggarkan sebanyak 10 peratus sahaja daripada hasil kutipan tol keseluruhan.

Apa lagi yang boleh dikatakan dengan berita harga tol empat lebuh raya bakal naik tahun depan ini. Situasi semasa dilihat semakin menekan apabila timbul berita begini menambah keresahan dan kemarahan rakyat.

Rakyat faham dan boleh menerima harga tol empat lebuh raya bakal naik tahun depan itu terpaksa dilakukan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya tetapi kenaikan itu dilihat terlalu mendadak dan cepat selepas harga minyak dan harga minyak masak turut naik sekarang.

Kerajaan perlu mengambil kira faktor kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini sebelum melakukan sesuatu yang menghimpit rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!