Menu

Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia

Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia telah dilancarkan serentak di 230 cawangan McDonald’s seluruh negara untuk mengingatkan rakyat Malaysia kepentingan sarapan berkhasiat sebelum memulakan aktiviti harian.

Program ini telah dimulakan sejak 4 tahun lepas dan menariknya pada tahun ini Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia akan memberi kejutan kepada seorang pelanggan bertuah iaitu Golden Muffin.

Semua 230 pelanggan bertuah daripada 230 cawangan McDonald’s Malaysia yang mengambil bahagian akan menerima sijil hadiah daripada McDonald’s Malaysia bernilai RM200.

Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald's Malaysia

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata tujuan program Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia yang dimulakan sejak empat tahun lepas untuk mendidik masyarakat kebaikan dan kepentingan makan sarapan yang berkhasiat setiap pagi.

Tema Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia tahun ini adalah “Senang Pagi Pagi” dan menekankan betapa pentingnya pengambilan sarapan pada awal pagi supaya masyarakat dapat memulakan hari dengan bertenaga dan bersemangat.

Selain itu, program ini juga sebagai satu bentuk meraikan golongan bekerja pada awal pagi untuk memberi perkhidmatan berkesan kepada masyarakat. Dengan makan sarapan yang berkhasiat pada awal pagi akan menjadikan mereka lebih produktif.

Jom sertai Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia mana tahu kita di antara 230 pelanggan bertuah yang akan dapat sijil hadiah daripada McDonald’s Malaysia bernilai RM200 nanti 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!