Menu

Harith Iskander Manusia Paling Lawak Dunia 2016

Pelawak terkenal MalaysiaHarith Iskander baru saja dinobatkan manusia paling lawak dunia 2016 dalam satu pertandingan ‘standup comedy’ antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland yang diumumkan menerusi Facebook rasmi penganjur pertandingan itu, Laugh Factory.

Harith Iskander

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan daripada pelawak-pelawak dari 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi tahun 2016.

Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah iaitu melalui sistem penjurian dan undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

Sebelum berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir, Harith Iskander meraih tempat pertama dengan menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara pada saingan separuh akhir.

Kemuncaknya, Harith berjaya mengalahkan pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel untuk merangkul juara dalam pertandingan akhir Funniest Person In The World untuk muncul sebagai manusia paling lawak dunia 2016.

Baca Juga: BR1M 2017: Cara Kemaskini Permohonan

Tahniah Harih Iskander kerana menjadi manusia paling lawak dunia 2016. Walaupun cuma pertandingan lawak tapi sedikit sebanyak nama Malaysia juga popular.

Baru dunia tahu orang Malaysia ni lawak daripada pemimpin sehingga ke rakyat jelata.

Mungkin Ahmad Maslan boleh jadi wakil Malaysia untuk pertandingan Funniest Person In The World 2017 kerana bakatnya dalam melawak telah terbukti.

Jangan marah admin pun melawak saja 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!