Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Beberapa hari ini tular di media sosial sebuah kedai makanan yang popular bagi penggemar kuih PAU iaitu Restoran Yik Mun di Tanjung Malim. Apa yang tular? Ianya berkenaan sama ada makanan di Restoran Yik Mun halal atau tidak kerana maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal yang sah. Jadi, bagaimana dengan hukum makan masakan orang bukan Islam?

Berapa ramai orang Islam yang telah makan di restoran tersebut sejak dibuka pada tahun 1926? Malah, admin pernah membaca yang orang-orang besar seperti Tunku Abd Rahman, Tun Dr Mahathir dan lain-lain tokoh juga di antara penggemar pau Yik Mun.

Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Malah, admin sendiri juga pernah memakan pau di Restoran Yik Mun apabila berkunjung ke Tanjung Malim kerana terpengaruh dengan populariti mereka.

Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Bermacam-macam mesej berlegar ketika ini meminta orang Islam memboikot Restoran Pau Yik Mun. NANTI! kita tengok dahulu hukum makan masakan orang bukan Islam.  Selepas itu, anda nilai sendiri sama ada hendak teruskan boikot atau tidak.

Mari kita lihat jawapan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hukum makan masakan orang bukan Islam.

Soalan:

Assalamualaikum Tuan, apakah hukum memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh orang bukan Islam walaupun ia berasal daripada sumber yang halal?

Jawapan:

Tiada menjadi kesalahan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh bukan muslim dari susu, sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam jenis makanan yang lain kecuali sembelihan mereka.

Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Mesti Baca: Ambil Wuduk Tanpa Pakaian? Sah Tak?

Telah berkata Qatadah Rahimahullah:

لَا بَأْسَ بِأَكْلِ طَعَامٍ الْمَجُوسِ مَا خَلَا ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: Tidak mengapa dengan memakan makanan orang Majusi selain dari sembelihan.

Riwayat Abd al-Razzaq di dalam Musannafnya (10155)

Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah di dalam tafsirnya:

وَقَالَ أَبُو عُمَرَ: وَلَا بَأْسَ بِأَكْلِ طَعَامِ عَبَدَةِ الْأَوْثَانِ وَالْمَجُوسِ وَسَائِرِ مَنْ لَا كِتَابَ لَهُ مِنَ الْكُفَّارِ مَا لَمْ يَكُنْ مِنْ ذَبَائِحِهِمْ

Maksudnya: Telah berkata Abu Umar: dan tidak mengapa dengan memakan makanan golongan penyembah berhala, orang Majusi dan sekalian yang tiada kitab (bukan ahli kitab) dari kalangan kuffar selain dari sembelihan mereka.[1]

Kesimpulan Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Dibolehkan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya dari hasil sembelihan mereka.

Maka, tidak ada masalah buat seseorang muslim itu sekiranya diajak untuk bertandang ke rumah rakannya yang bukan non-muslim lalu dihidangkan makanan untuk dimakan selagi mana ianya halalan toyyiba.

Walaupun begitu, ini tidaklah menafikan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ

Maksudnya: Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa.

Riwayat Abu Daud (4832)

Sumber 

Faham tak hukum makan masakan orang bukan Islam yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hukum makan masakan orang bukan Islam?

Ringkasnya, tidak salah makan masakan orang bukan Islam KECUALI melibatkan haiwan sembelihan.

Selain itu, tengok juga cara masakan dan peralatan memasak yang digunakan mereka, dibimbangi bercampur dengan benda haram daripada sudut agama Islam.

Bagaimana?

Puas hati dengan penjelasan daripada Pejabat Mufti?

Nak teruskan boikot Restoran Pau Yik Mun?

Terpulang kepada pertimbangan dan kewarasan anda 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!