Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

  • Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
  • Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
  • Akta Penggalakan Pelaburan 1986
  • Akta Setem 1949
  • Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

Budaya Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

VISI

Pentadbir Cukai Terunggul yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara

MISI

Memberikan perkhidmatan percukaian yang cemerlang dengan :
i. Mempertingkatkan pematuhan sukarela
ii. Melaksanakan sistem percukaian berintegrasi dan telus
iii. Meningkatkan keberkesanan operasi melalui inovasi proses dan teknologi maklumat
iv. Memantapkan tenaga kerja kompeten

OBJEKTIF

Melaksanakan Sistem Percukaian Yang Berkesan, Adil Dan Saksama

SLOGAN

Bersama Membangun Negara

DASAR KUALITI

Berteraskan integriti, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan

MOTO PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

  • Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga
  • Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut
  • Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian
  • Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain
  • Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis

Kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

  • Membuat Kontrak
  • Mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suaimanfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut
  • Melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik
  • Memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak-pihak berkuasa percukaian negara-negara lain
  • Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga
  • Memberi pinjaman kepada pekerja-pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga
  • Menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga
  • Menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut
  • Melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya – Sumber

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Kerjaya Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengumumkan kekosongan jawatan melalui laman web rasmi mereka.

Permohonan dibuat secara online, bagi calon yang layak atau menetapi syarat-syarat semasa mereka akan dipanggil untuk sesi peperiksaan atau temuduga.

Terbaru, LHDNM akan menjalankan sesi Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk tapisan awal sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Untuk lulus peperiksaan ini, ianya bukan mudah jika tiada persiapan secukupnya dengan Nota dan Contoh Soalan mengikut Format Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41.

Jika dipanggil menduduki peperiksaan ini, dicadangkan anda mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 (LHDN) yang dikeluarkan badan bebas bukan kerajaan yang telah membantu ribuan calon masuk kerja kerajaan sejak 2009.

Untuk mendapatkan rujukan ini, sila masukkan NAMA dan EMAIL di bawah. Anda akan dimaklumkan dengan pantas apabila rujukan ini siap sepenuhnya proses kemaskini.

 

Semoga perkongsian ini membantu anda memahami profil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jika dipanggil peperiksaan, Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN bakal membantu anda memiliki kelebihan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!