Insiden Panas TN50: Polis Buka Kertas Siasatan

Rasanya semua dah tahu insiden panas TN50 kerana video aksi panas tersebut tersebar luas di laman sosial yang mana berlaku kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini semalam.

Agak terkejut juga melihat insiden tersebut kerana siapa sangka ada aksi panas di hadapan Perdana Menteri yang mana pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over menampar penerbit filem Datuk David Teo.

 insiden panas TN 50

Ada yang menyokong tindakan Mat Over dan ada yang menentang tapi admin ada terbaca di Sinar Harian Online yang polis tak akan berdiam diri dengan insiden ini dan pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan.

Apabila dah jadi kes polis baik semua pihak bertenang nanti ada yang ke dalam pula 🙂

Insiden Panas TN50: Polis Buka Kertas Siasatan

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daedah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, setakat ini dua laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan satu daripadanya dibuat oleh orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan satu lagi laporan dibuat sendiri oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Mesti Baca: Kakitaangan Kontrak Kerajaan Diserap Jawatan Tetap Selepas 15 Tahun Berkhidmat

“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

“Pada 1 tengah hari, barulah ada satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat sebelum memanggil individu yang terlibat dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Rosly berkata, siasatan tetap dibuat walaupun dua individu yang terlibat dalam kekecohan itu telah berdamai dan tidak membuat laporan polis.

Insiden panas TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem Datuk David Teo.

Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di hadapan Perdana Menteri.

Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara telus.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan – Sumber

Insiden panas TN50  dah jadi kes polis, diminta semua bertenang nanti tak pasal-pasal ada yang kena denda tak pun masuk ke “dalam” ok…

Admin tak sokong mana-mana 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!