Irfan Bakti Jurulatih Terengganu Musim Depan

Sah! Irfan Bakti  jurulatih Terengganu bagi menghadapi saingan liga Malaysia musim depan. Bekas jurulatih Felda United yang membantu bekas pasukannya muncul naib juara liga super musim ini disifatkan tonik kepada pasukan Terengganu yang dilihat terumbang ambing untuk kekal dalam saingan liga super musim depan.

Kontrak Irfan Bakti akan ditandatangani sebaik saja persetujuan dicapai di antara beliau dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Irfan Bakti jurulatih Terengganu

Irfan Bakti pernah membimbing sang penyu selama tiga musim mulai tahun 1999 dan memimpin skuad penyu muncul naib juara Liga Super, ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau juga membantu Terengganu muncul naib juara Liga Super dan menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011.

Baca Juga: Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, Irfan Bakti diberi kebebasan memilih pemain terbaik untuk membarisi kesebelasan utama Terengganu. Selain itu, beliau juga bertangungjawab memilih barisan pengurusan termasuk penolong jurulatih yang akan membantu beliau merangka latihan dan strategi pasukan.

Pelantikan Irfan Bakti jurulatih Terengganu musim depan pasti menggembirakan penyokong setia skuad penyu kerana reputasi beliau sebagai di antara jurulatih tempatan terbaik. Berikan sokongan padu kepada beliau untuk membuktikan bisanya bersama skuad Terengganu musim depan.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!