Pasukan gergasi bola sepak dunia, Itali gagal ke Piala Dunia 2018 setelah seri tanpa jaringan dengan Sweeden sebentar tadi. Walaupun menguasai 70% permainan, Itali gagal menjaringkan gol untuk memadam defisit 1-0 yang dicatat Sweeden dalam perlawanan sebelum ini. Piala Dunia 2018 TANPA Itali? memang menyedihkan setelah pasukan gergasi, Belanda juga gagal ke piala dunia tahun hadapan.
Sementara itu, pasukan Harimau Malaya juga gagal ke Piala Asia 2019 setelah tewas dengan jaringan 4-1 dengan Korea Utara, jaringan sama seperti kekalahan pada perlawanan pertama sebelum ini. Kekalahan ini memang biasa, ianya dianggap luar biasa kalau Malaysia menang betul tak?
Pokoknya, Malaysia dan Itali setaraf! kedua-duanya GAGAL.
Itali Gagal Ke Piala Dunia, Malaysia Gagal Ke Piala Asia
Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi timbal balik menentang Sweden, yang layak menerusi agregat 1-0 di Stadium San Siro, sebentar tadi.
Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.
Artikel Menarik: Dua Cara Popular Bagaimana Blog Menjadi Sumber Pendapatan
Sumber: Utusan Online
Sweden layak ke Piala Dunia Rusia 2018 selepas menempa kemenangan dalam pertemuan timbal balik pertama menerusi jaringan tunggal Jakob Johansson, penampilan pertama di aksi final Piala Dunia sejak 2006.
Malaysia Gagal Ke Piala Asia 2019
Biarpun merombak hampir keseluruhan pemain dalam kesebelasan utama, namun skrip yang sama berulang apabila Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara, sekali gus gagal layak ke Piala Asia 2019.
Kekalahan di Stadium I-Mobile hari ini menyebabkan Harimau Malaya kekal di tangga tercorot Kumpulan B, manakala Nelo Vingada buntu mencari kemenangan pertama selepas membimbing skuad negara dalam tujuh perlawanan.
Walaupun mempunyai baki satu perlawanan menentang LeĀbanon pada tahun depan, namun ia tidak memberi makna kerana Malaysia sudah tersingkir.
Dua berita sedih bagi peminat bola sepak terutama setelah Itali gagal ke Piala Dunia 2018. Kegagalan pasukan Malaysia ke saingan Piala Asia memang sudah dijangka dan mungkin tidak ditangisi seperti kegagalan Itali ke saingan piala dunia.
No Responses