Menu

Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Struktur tambang MRT sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal dengan kadar menurun setiap empat hingga lima kilometer, sama seperti perkhidmatan LRT dan monorel.

Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas Rapid KL,  diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT. Manakala, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun boleh naik percuma MRT.

Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa pelancaran MRT baru-baru ini, tambang percuma MRT sebulan diberikan bermula 16 Disember 2016 sehingga 17 Januari 2017.

Selepas tempoh tambang MRT percuma ini tamat, akan berkuatkuasa tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh ke Semantan yang boleh dilihat seperti jadual di bawah.tambang mrt

Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel yang mana pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai atau Kad Touch & Go sahaja.

Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan dengan 120 bas pengantara MRT akan beroperasi di 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.

Bagi pemegang kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL akan dinaik taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai 2017.

Fasa 2 Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai 2017.tambang mrt

Tambang MRT percuma sebulan akan tamat pada 17 Januari 2017. Jadi, kepada yang berkesempatan boleh menggunakan perkhidmatan MRT secara percuma ini.

Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan telah dikeluarkan untuk rujukan pengguna yang akan menggunakan secara kerap perkhidmatan MRT ini nanti.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!