JAKIM: Biskut Sembahyang Orang Cina Halal

Biskut Sembahyang Orang Cina adalah halal dan dikeluarkan oleh Iced Gem iatu sebuah syarikat yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM mengeluarkan kenyataan ini ekoran viral di laman sosial baru-baru ini yang mempersoalkan status halal biskut tersebut.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan biskut terbabit juga tidak mengandungi lemak haiwan yang tidak halal atau bahan terlarang yang bercanggah dengan syariat Islam.

Biskut Sembahyang Orang Cina

“Apa yang berlaku adalah kebanyakan pemborong menjual biskut sembahyang orang cina kembali dalam bentuk pembungkusan semula seperti timbang, sukat dan paket yang kecil. Malangnya, ada di antara pemborong berkenaan masih belum memohon pensijilan halal JAKIM.

“Perkara ini disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab, sekali gus mengundang keresahan dalam kalangan pengguna,” kata JAKIM lagi.

Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih barangan makanan halal dan perlu bijak dengan mengutamakan produk biskut yang memiliki sijil atau logo Pengesahan Halal Malaysia atau logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.

Mesti Baca: Nama Lain Lemak Babi Dalam Makanan Yang Perlu Kita Tahu

Semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, orang ramai boleh melayari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim – Sumber Berita Harian Online

Admin rasa semua pernah makan biskut sembahyang orang cina ni betul tak? Ianya popular sejak zaman admin sekolah lagi.

Harga pun murah sebab itu ramai ibu bapa beli biskut ni. Apapun, selepas ini beringat sebelum membeli makanan. Semak status halal dahulu.

Paling penting, jangan sebarkan berita tidak benar tanpa usul periksa kerana ianya akan menganiayai pihak tidak bersalah.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!