Mercu Tanda Baru KL: Jam Kiraan Detik Di Dataran Merdeka dan Masjid Jamek Dibuka 15 April 2017

Mercu tanda baru ibu negara, Kuala Lumpur  iaitu Jam Kiraan Detik di Dataran Merdeka dan Masjid Jamek yang telah dinaik taraf akan dibuka kepada orang ramai mulai 15 April 2017.

Menteri Wilayah Persekutan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua ikon itu bakal menjadi daya tarikan kepada pelancong, sekali gus mengangkat Kuala Lumpur setanding dengan bandar raya bertaraf antarabangsa.

Jam Kiraan Detik

Menurut Tengku Adnan, reka bentuk moden pembinaan Jam Kiraan Detik pastinya memberi inspirasi kepada peminat seni binaan kerana ia dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa.

“Lokasi ini dihiasi landskap yang indah dengan dilengkapi pelbagai kemudahan dan bakal menjadi kawasan rekreasi baharu untuk beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya dalam kenyataan itu.

Tengku Adnan berkata projek pengindahan kawasan Masjid Jamek pula melibatkan pembinaan ruang solat tambahan berbumbung seluas 4,400 kaki persegi yang mampu menampung 1,000 jemaah dalam satu masa, sekali gus memberi keselesaan untuk bersolat.

Jam Kiraan Detik

Usaha menaik taraf masjid itu yang juga antara masjid tertua di ibu negara adalah bagi menerapkan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan sejarah negara – Sumber Sinar Harian Online

Satu lagi mercu tanda baru KL iaitu Jam Kiraan Detik di Dataran Merdeka dan Masjid Jamek yang telah dinaik taraf akan dibuka kepada orang ramaimulai 15 April 2017.

Ianya bakal menjadi daya tarikan kepada pelancong dan mengangkat Kuala Lumpur setanding dengan bandar raya bertaraf antarabangsa.

Admin pun nak pergi nanti tengok mercu tanda baru KL ni 🙂

Mesti Baca: Parkir Percuma Enam Bulan Stesen LRT Ampang Bermula 01 April 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!