Jangan Buat Rakan Sekerja Menyampah Dengan Anda…..

Setiap pekerja diberikan ruang khas untuk bekerja supaya mereka dapat fokus kepada tugasan masing-masing. Malangnya, ada rakan sekerja yang tak tahu jaga privacy dan menghormati hak orang di sekeliling mereka. Golongan seperti ini mementingkan diri sendiri dan tak peduli “jiran sebelah” mereka. Ingat! jangan buat rakan sekerja menyampah dengan anda…

Kalau anda nak orang lain hormat diri anda, belajar dahulu bagaimana menghormati privacy dan hak orang di sekeliling anda dahulu. Mudah sahaja bukan?

Jangan Buat Rakan Sekerja Menyampah Dengan Anda…..

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan kalau tak nak rakan sekerja menyampah dan geram dengan kelakuan kita. Mungkin anda pun tak sedar kelakuan anda mengjengkelkan dan menyebabkan rakan sekerja menyampah betul tak?

1. Kawal Nada Suara

Tidak kira sama ada berbual melalui telefon atau sebagainya, kawal nada suara supaya tidak terlalu kuat sehingga mengganggu konsentrasi rakan sekerja.

Anda sedang bercakap dalam telefon atau berbual dengan orang lain tak perlu bercakap seolah-olah nak semua orang dengar.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja, No. 4 Tak Ramai Yang Buat

Jangan Buat Rakan Sekerja Menyampah Dengan Anda

2. Tempat Kerja BUKAN Tempat Berbincang Hal Peribadi

Pejabat atau tempat kerja bukan tempat yang sesuai untuk berbincang hal peribadi. Kalau memang nak bercerita sangat, cari tempat lain yang sesuai.

Sebabnya, kalau ada yang terdengar hal peribadi anda ianya akan menjadi buah mulut rakan sekerja pula.

Ada segolongan pekerja yang suka membawa hal peribadi ke pejabat, ingat! tak semua orang suka mendengarnya. Bila jadi buah mulut anda pula yang marah.

3. Tolong Jaga Telefon Bimbit

Bukan tolong jaga sebab takut telefon anda hilang tetapi tolong jaga dan bawa telefon anda bersama-sama walaupun ke mana sahaja.

Zaman telefon canggih sekarang ini dengan nada dering yang pelik-pelik, ada yang bernada perlahan, ada yang membingitkan telinga.

Apabila telefon ditinggalkan dan ianya berbunyi sepanjang masa ketiadaan anda, bukankah itu menganggu konsentrasi dan privacy orang lain?

Kalau berbunyi perlahan boleh diamaafkan lagi tetapi bagaimana dengan nada dering yang bernada tinggi contoh lagu Black Metal 🙂

Jadi, jangan buat rakan sekerja meluat dengan anda, nampak remeh bukan?

Mesti Baca: Stress? Cuba Enam Cara Hilangkan Stress

Jangan Buat Rakan Sekerja Menyampah Dengan Anda

4. Kurangkan Panggilan Peribadi

Anda nak berbual dengan sesiapapun melalui telefon itu hak anda, orang lain tak kisah pun cuma tolong jaga privacy rakan sekerja yang duduk di sebelah anda.

Kuat atau perlahan suara anda tetap dapat didengari rakan di sebelah. Sedikit sebanyak ianya menganggu rakan anda. Tambah menyakitkan hati rakan sekerja apabila anda bergaduh pula melalui telefon, nada suara pasti berubah.

Nak bergaduh dalam telefon itu hak anda tetapi jangan heret rakan sekerja anda untuk menjadi mangsa kemarahan anda itu.

5. Jangan Banyak Tanya Sangat

Ada sesetengah orang memang jenis tak peduli privacy orang lain. Contohnya, suka bertanya tak kira masa dan tempat.

Bertanya tak salah dan kita memang digalakkan bertanya jika kurang faham dengan tugasan tetapi terlampau banyak bertanya membuatkan rakan sekerja anda meluat pula.

Sebabnya, tugasan mereka terganggu kerana asyik melayan pertanyaan anda. Lebih menyakitkan hati, anda bertanya dan anda mahu semuanya dijawab dan dilayan secepat mungkin, marahlah kawan tu.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Jangan Buat Rakan Sekerja Menyampah Dengan Anda

6. Jangan Gopoh

Contoh mudah apabila rakan sekerja sedang bercakap dengan telefon, anda sibuk bertanya macam-macam soalan. Mana kawan tu nak layan anda lagi, telefon lagi. Jangan gelojoh!

Tunggu rakan anda habis bercakap dahulu dan jangan buat macam-macam isyarat tangan sebabnya ia mengganggu perbualannya. Nanti disebabkan anda, rakan bergaduh dengan orang lain pula!

Dapat tak tips jangan buat rakan sekerja menyampah dengan anda?

Memang kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan kita mengganggu hak dan privacy orang lain.

Kalau rakan anda begitu, cubalah tegur secara baik.

Tak mahu gaduh-gaduh ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!