Jangan Tak Tahu 10 Pantai Tercantik Di Malaysia

Admin rasa semua suka pantai betul tak? Dengan airnya yang biru (kadang-kadang nampak hijau), bunyi deruan ombak… ohhhh…. asyiknya… satu soalan di mana pantai tercantik di Malaysia ni ya?

Sebenarnya, negara kita banyak pantai-pantai yang cantik dan ada di antaranya pernah tersenarai di antara pantai tercantik di dunia.

Jadi, jangan bazirkan duit melancong ke pantai luar negara. Dalam negara pun tak habis jelajah lagi. Tapi…. kalau banyak duit terpulanglah 🙂

Di sini admin kongsikan 10 Pantai Tercantik Di Malaysia yang dipetik daripada Sinar Harian Online hari ini.

1. Pantai Juara, Pulau Tioman (Pahang)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Mereka yang sukakan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota, privasi dari orang dan yang penting menyajikan pantai yang cantik, maka ini lah jawapan yang anda cari.

Pada mereka yang tidak tahu, pantai ini juga pernah tersenarai daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

2. Pantai Pulau Mabul (Sabah)

 Pantai Tercantik Di Malaysia

Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ini.

Mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.

3. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian (Terengganu)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Pantai ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya dan pengunjung masih belum mengenali pantai ini.

Selain itu, bot juga tidak dibenarkan memasuki pantai kerana terumbu kawang yand wujud di kawasan air cetek. Pengunjung juga berpengalaman menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

4. Pantai Pulau Manukan (Sabah)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti ‘parasailing’ selam skuba, snorkelling dan lain-lain.

Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang.

Tanjung Rhu mempunyai pasir yang halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuat orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.

6. Pantai Pulau Mataking (Sabah)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Sangat dikenali sebagai ‘syurga penyelam’ seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan namun ia merupakan kawasan persendirian.

Di samping itu, ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan pantai di Maldives oleh itu jika anda berkunjung ke Sabah pastikan pantai ini tersenarai dalam destinasi lawatan anda ya.

7. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing (Johor)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Sesuai dengan namanya pantai ini mempunyai pasir yang putih, lembut dan masih dipelihara alam semula jadinya serta pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bola tampar, mandi laut dan berjemur di bawah sinaran matahari.

Bagaimanapun, nama sebenar pantai ini adalah Pasir Panjang namun disebabkan sudah banyak nama pantai seperti itu di Malaysia (Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) maka penggunaan nama pantai ini ditukar kepada nama Pasir Putih.

8. Pantai Pulau Sapi (Sabah)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Air laut dan pantainya sangat jernih ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di pantai membuatkan pengunjung akan merasa terhibur di sini.

Terletak di Taman Tunku Abdul Rahman Sabah, tentu sekali terdapat banyak aktiviti sukan air yang menanti pengunjung yang hadir di pantai ini.

9. Pantai Cherating (Pahang)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Cherating merupakan salah satu pusat peranginan tepi pantai yang terkenal di Malaysia justeru banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.

Sesuai untuk pasangan berbulan madu ataupun percutian keluarga, anda juga berpeluang untuk belajar papan luncur sewaktu berada di sini.

10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang (Terengganu)

Pantai Tercantik Di Malaysia

Sesuai buat mereka yang suka mandi laut dan berenang namun tidak sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak mempunyai banyak terumbu karang.

Sebenarnya, terdapat dua pantai teluk dalam iaitu di Pulau Pangkor dan Pulau Redang dan dua cara untuk ke pantai ini adalah melalui trek hutan yang menghubungkan kedua-dua pantai atau menyewa bot – Sumber Artikel 

Mesti Baca: Ada Apa Dengan Tahun Melawat Pahang 2017?

Itulah senarai 10 pantai tercantik di Malaysia..

Ada lagi yang tak tersenarai…

Pendek kata, pantai negara kita pun cantik-cantik..

Tak perlu buang duit ke pantai luar negara ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!