Cerita 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melepasi tempoh 100 hari pemerintahan sejak memenangi PRU14 dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa sejak merdeka. Seperti biasa, rakyat akan mempersoalkan janji dan menuntut perlaksanaan manifesto PRU14.

Sebelum memenangi PRU14, PH telah berjanji akan melaksanakan isi kandungan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari. Sejauh mana kejayaan yang dicapai? Apa yang telah dan tidak berjaya dilaksanakan?

Mesti Baca: Apakah UEC Dan Kesan Jika UEC Diiktiraf?

Sebelum kita menilai prestasi kerajaan PH, ingat lagi tak apakah manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14? Jom kita lihat.

10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan

Menilai 10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan

Seperti yang diketahui, terdapat 10 janji yang mahu dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari mengambil alih pemerintahan negara. Berjaya, sedang dilaksanakan atau gagal?

1. Hapuskan GST

Janji untuk memansuhkan GST dilaksanakan apabila GST disifarkan pada hari ke-23 PH memerintah dan bakal dikembalikan semula SST.

Keputusan: BERJAYA

2. Subsidi Petrol Bersasar

Janji ini terdiri daripada dua komponen iaitu:

  • menstabikan harga
  • subsidisi tersasar

Bahagian pertama ditunaikan selepas RON95 tidak lagi diapungkan dan harganya distabilkan. Kerajaan membayangkan subsidi tersasar akan diberi kepada motosikal bawah 125cc dan kereta bawah 1300cc. Tiada tempoh masa diberi.

Keputusan: SEDANG DILAKSANAKAN

3. Hapuskan Hutang Peneroka Felda

Di antara janji yang paling sukar dilaksanakan! Perkembangannya agak kurang. Kerajaan PH tidak menyatakan secara jelas sekiranya ia ingin melupuskan mana-mana hutang Felda.

Setakat ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi hanya membayangkan kemungkinan kadar bunga bagi hutang-hutang ini mungkin diturunkan dan pendapatan peneroka-peneroka Felda akan ditingkatkan untuk memudahkan pembayaran balik hutang-hutang.

Keputusan: GAGAL

4. KWSP Untuk Suri Rumah

Kerajaan PH berkata KWSP untuk suri rumah tidak boleh dilancarkan dengan segera atas faktor kewangan dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat.

Peringkat pertama yang dinamakan i-Suri telah bermula. Sebagai permulaan, manfaat diberikan kepada golongan wanita yang menjadi ketua rumah, belum berkahwin, merupakan janda atau telah bercerai.

Mesti Baca: Apa Itu LGBT? Facebook “Ban” Surat Terbuka Doktor Hentam LGBT!

Mereka hanya perlu mencarum RM5 sebulan ke dalam KWSP dan kerajaan akan memberi RM40 sebulan. Janji penuh, iaitu pencaruman dua peratus daripada suami untuk suri rumah dan ditambah dengan RM50 sebulan daripada kerajaan hanya akan dilancarkan pada tahun 2020.

Pendaftaran i-Suri telah bermula sejak 15 Ogos 2018. Cara daftar i-Suri adalah dengan mengunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat atau dapatkan info lanjut melalui Laman Web KWSP.

Keputusan: SEDANG DILAKSANAKAN

5. Menyamaratakan Gaji Minimum

Menurut kerajaan PH, menyamaratakan gaji minimum bukan janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari tetapi janji 100 hari pertama adalah untuk memulakan proses peningkatan gaji minima dan ini telah dilakukan.

Kedua adalah untuk menyamaratakan gaji minima antara semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada masa kini, gaji minima di semenanjung adalah RM1,000/bulan dan RM920/bulan di Sabah dan Sarawak.

Keputusan: SEDANG DILAKSANAKAN

6. Menangguhkan Bayaran PTPTN (Gaji Kurang RM4,000 Sebulan)

Kejayaan awal menghapuskan rekod senarai hitam peminjam PTPTN. Kerajaan Pakatan Harapan telah menyatakan janji ini akan dilaksanakan tetapi memerlukan lebih masa.

PTPTN telah mendapat bantuan LHDN untuk mewujudkan pangkalan maklumat bagi menjejak gaji para peminjam. Namun, PTPTN masih belum mendapat kerjasama KWSP dan Jabatan Akauntan Negara.

Keputusan: SEDANG DILAKSANAKAN

7. Menyiasat Skandal

Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil pelbagai tindakan dalam skandal 1MDB. Suruhanjaya siasatan diraja menyiasat 1MDB tidak mungkin dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana siasatan polis dan SPRM masih berjalan.

Untuk skandal besar lain seperti Felda, Mara atau Tabung Haji masih belum nampak usaha untuk menyiasat sebarang penyelewengan jika wujud.

Keputusan: GAGAL

8. Mengembalikan Status Sabah Dan Sarawak

Admin kurang jelas apakah status yang mahu dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak. Apakah selama ini kerajaan Barisan Nasional telah mencabuli Perjanjian Malaysia 1963?

Kerajaan Pakatan Harapan telah memulakan usaha menunaikan janji ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak dan melaksanakan secara adil Perjanjian Malaysia 1963. Kabinet telah meluluskan jawatankuasa tersebut tetapi ahli-ahli yang bertanggungjawab belum dilantik.

Keputusan: SEDANG DILAKSANAKAN

9. Skim Peduli Sihat

Janji ini antara yang paling rumit kerana melibatkan sistem kesihatan negara. Menteri kesihatan telah menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan dalam 100 hari kerana masalah kewangan. Masih dalam peringkat perbicangan.

Keputusan: GAGAL

10. Kaji Semula Projek Mega

Janji 100 hari Pakatan Harapan tidak menyatakan projek mega yang akan disemak semula. Projek-projek yang disenaraikan di sini adalah berdasarkan nilai yang paling tinggi. Kesemuanya telah pun disemak semula bagi mengawal hutang negara.

Keputusan: BERJAYA

Mesti Baca: Tema, Logo Dan Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Begitulah keputusan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan. Mungkin terlalu awal untuk menilai kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari.

Kita berikan mereka masa sehingga mandat habis dalam tempoh 5 tahun ini. Masa PRU15 nanti bolehlah kita tentukan sama ada PH layak atau tidak untuk terus menerajui negara.

Kuasa rakyat akan sekali lagi menentukan kerajaan yang mana kita mahukan 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!