Janna Nick, Che Ta Yakin Kedah Julang Piala FA 2017

Amboi.. amboi.. amboi… Janna Nick dan Che Ta yakin Kedah julang Piala FA 2017 ya… itu sudah semestinya sebab mereka anak Kedah betul tak?

Tapi…. selebriti dari Pahang, Fazura dan Datuk Siti Nurhaliza akan mencili mulut Janna Nick dengan Che Ta andai pasukan Pahang menang malam esok 🙂

Janna Nick, Che Ta Yakin Kedah Julang Piala FA 2017

Dua artis terkenal, Rozita Che Wan dan Janna Nick yakin Piala FA akan menjadi milik pasukan negeri kelahiran mereka.

Kedah akan membuat perhitungan terakhir menentang Pahang di Stadium Shah Alam, malam esok.

Mesti Baca: Orang Pantai Timur Paling Ramai Cari Maria Ozawa

“Semestinya saya yakin dan mahu Kedah membawa pulang kejuaraan Piala FA kali ini.

“Pasukan bola sepak Kedah antara yang sering bolos ke peringkat akhir pertandingan ini, jadi mereka kena menang.

Janna Nick, Che Ta Yakin Kedah Julang Piala FA 2017

Janna Nick yakin Kedah menang Piala FA 2017

“Saya ramal Kedah akan membenam Pahang dengan 2 gol berbalas 0,” kata Rozita.

Sementara itu, Janna yang baru dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 juga bersetuju dengan pandangan Rozita.

Mesti Baca: Kedah Naib Juara Perokok Tertinggi

“Semestinya pasukan Kedah akan muncul juara. Melihat rekod pasukan kebanggaan saya sebelum ini, tak mustahil rezeki akan menyebelahi Kedah.

“Dengan barisan pemain Kedah sekarang, tugu kekuatan mereka tak mampu diroboh dan diganggu gugat. Hidup Kedah!,” katanya – Sumber Berita Harian Online

Amboi.. amboi.. amboi.. Janna Nick dan Che Ta yakin Kedah julang Piala FA 2017 malam esok ya…..

Kalau Kedah kalah admin nak tengok Fazura dan Datuk Siti Nurhaliza bergelek di hadapan mereka nanti….

Admin rasa selebriti dari Pahang dan Kedah pasti ramai yang datang stadium esok..

Kalau jumpa Janna Nick, Che Ta, Fazura, Datuk Siti Nurhaliza kat stadium Shah Alam nanti ada yang tak jadi tengok bola sibuk berswafoto pula lebih-lebih lagi dengan Janna Nick 🙂

Admin semestinya sokong Pahang tetapi siapapun yang menang tak kisah janji perlawanan menarik dan penyokong tak buat hal….

Leave a Reply

error: Content is protected !!