Mesin “Touch N Go” Jauh Punca Kesesakan Plaza Tol?

Penggunaan mesin “Touch N Go” sebenarnya bertujuan memudahkan orang ramai yang tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tol di samping untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol terutama ketika waktu puncak atau musim perayaan.

Tetapi..

Ada rungutan daripada pengguna yang mana jarak mesin “Touch N Go” seperti tidak sesuai kerana adakalanya pengguna terpaksa membuka pintu kenderaan untuk menyentuh mesin tersebut.

"Touch N Go"

Ini mungkin terjadi kepada pemandu wanita yang tidak berani mendekatkan kenderaan mereka dengan mesin tersebut bimbang terlanggar penghadang besi atau tembok.

Dan..

Bagi pemandu yang bertubuh kecil sudah tentu tidak dapat menyentuh mesin “Touch N Go” tersebut, mereka memang terpaksa keluar daripada kenderaan.

Akibatnya, daripada tujuan asal untuk mempercepatkan operasi membayar tol dan mengurangkan kesesakan bertukar menambahkan kesesakan pula.

Ini di antara rungutan pengguna mesin “Touch N Go” yang admin baca melalui tinjauan Utusan Online. Memang ianya terjadi tetapi admin anggap ianya tak terlalu serius. Apapun, jika ada langkah yang dapat memperbaiki kelemahan tersebut memang ianya patut dilaksanakan secepat mungkin.

Mesin “Touch N Go” Jauh Punca Kesesakan Plaza Tol?

KUALA LUMPUR 28 Jun – Usaha kerajaan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) di setiap plaza tol di lebuh raya sememangnya harus dipuji kerana dapat mengu­rangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Bagaimanapun, penggunaan ETC itu tidak menunjukkan kejayaan seratus peratus ekoran daripada alat pembaca “Touch N Go” yang kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa plaza tol di lebuh raya sekitar Lembah Klang mendapati pengguna terpaksa menyentuh dua atau tiga kali pada alat tersebut sebelum dapat meneruskan perjalanan.

Kekangan itu menyebabkan barisan panjang kereta walhal situasi tersebut dapat dielakkan jika ia berfungsi dengan baik.

"Touch N Go"

Berdasarkan pemerhatian, pengguna juga sering mengalami masalah apabila jarak ken­deraan dengan alat pembaca itu jauh.

Mesti Baca: Harga Bilik Hotel Naik RM2.50 Ke RM20 Mulai 01 Julai 2017

Ada kalanya, sesetengah pemandu bertubuh kecil terpaksa mengundurkan kenderaan serta mencari jarak yang sesuai atau membuka pintu kereta untuk menyentuh kad “Touch N Go”.

Masalah sedemikian timbul apabila alat pembaca berada agak jauh ke belakang dan menyukarkan orang ramai untuk menggunakannya.

Pemandu risau kereta mereka akan bergesel dengan palang yang berada di tepi sekiranya memandu secara dekat ke bahagian sisi lorong berkenaan.

Oleh itu, elok sekiranya kedudukan pembaca “Touch N Go”’ diubah mengikut kesuaian agar operasi tol secara ETC lebih lancar dan menepati sasaran ditetapkan – Sumber

Masalah penggunaan mesin “Touch N Go” bukan perkara baru dan ianya tak terlalu serius.

Tetapi, ketika musim perayaan ianya boleh menjadi punca kesesakan teruk jika ramai pengguna mengalami masalah dengan penggunaan mesin “Touch N Go” tersebut.

Mungkin kerajaan akan memikirkan sesuatu untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!