Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

Laskar Kelas II Maritim Gred T1
Kelayakan: SPM/SVM/SKM
Bilangan kekosongan: 150
Kementerian: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 05 Ogos 2018 (Ahad) Jam 11.59 Malam

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Syarat Lantikan:

i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau

b. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau

d. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).

Mesti Baca: Mohon Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

iv. Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas
(lelaki sahaja);
e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.

Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.

Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan

CARA MEMOHON:

++ Permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!