Jawatan Kosong Pembantu Penilaian Gred W19

Jawatan Kosong Pembantu Penilaian Gred W19. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

Pembantu Penilaian Gred W19
Kelayakan: SPM/SKM
Bilangan kekosongan: 30
Kementerian: Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 08 Julai 2018 (Ahad) Jam 11.59 Malam

Jawatan Kosong Pembantu Penilaian Gred W19

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM      GAJI MAKSIMUM      KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,353.00            RM4,005.00                        RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA) 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan

CARA MEMOHON:

++ Permohonan jawatan kosong Pembantu Penilaian Gred W19 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!