Jawatan Kosong Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Jawatan Kosong Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

  • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  • Kelayakan: SPM/SKM
  • Bilangan kekosongan: 104
  • Kementerian: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: 04 November 2018 (Ahad) Jam 11.59 Malam

Jawatan Kosong Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19Syarat Lantikan:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    warganegara Malaysia;
    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

Mesti Baca: Mohon Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan – Sumber

CARA MEMOHON:

++ Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Bagi yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan kosong Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, segera bertindak!

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!