Jawatan Kosong Penolong Pegawai Eksekutif Gred 31 LHDNM

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Eksekutif Gred 31 LHDNM. Peluang kerjaya di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

  • PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31 (300 Kekosongan)
  • PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31 (2 Kekosongan)
  • PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 31 (2 Kekosongan)
  • PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31 (5 Kekosongan)

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Eksekutif Gred 31 LHDNM

Kelayakan: Diploma, CGPA sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas.

Kelayakan Tambahan

*Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.

*Pemohon perlu memiliki kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (termasuk Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara tetap adalah layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

Mempunyai kelayakan akademik seperti di atas; dan

Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam perkhidmatan jawatan sekarang.

Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara kontrak atau sambilan adalah layak dipertimbangkan untuk memohon sekiranya mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.

Tarikh Tutup Permohonan: 22 Mei 2018

Gaji: RM2,528.00 ++

Permohonan adalah secara ONLINE melalui Portal Kerjaya LHDNM. Sila klik butang DAFTAR di bawah untuk memohon.

Bina kerjaya cemerlang bersama LHDNM. Pastikan anda tidak terlepas memohon jawatan kosong Penolong Pegawai Eksekutif Gred 31 LHDNM.

Leave a Reply

error: Content is protected !!