Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
  • Kelayakan: Diploma/STPM/STAM
  • Bilangan kekosongan: 91
  • Kementerian: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: 25 April 2018 (Rabu) Jam 11.59 Malam

Iklan

 

Deskripsi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM   GAJI MAKSIMUM   KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00         RM5,672.00                      RM145.00

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan

CARA MEMOHON:

++ Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Daftar dalam SENARAI MENUNGGU untuk mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 versi TERKINI yang membantu ribuan calon terdahulu LULUS peperiksaan. Jadi yang PERTAMA tahu apabila rujukan siap untuk dilancarkan nanti.

>>> KLIK UNTUK DAFTAR SENARAI MENUNGGU <<

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!