JDT Gagal Mara Final Zon ASEAN Piala AFC

JDT Gagal Mara Final Zon ASEAN Piala AFC. Harapan juara 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melangkah ke aski final peringkat Zon ASEAN Piala AFC tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Ceres Negros menerusi jaringan penalti masa kecederaan dalam aksi timbal balas yang berlangsung di Stadium Panaad, Bolocod City, sebentar tadi.

Meskipun agregat jaringan terikat 4-4, namun kelebihan dua jaringan Ceres Negros ketika aksi pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin yang menyaksikan mereka tewas 2-3 kepada Harimau Selatan sudah memadai untuk mereka menempah aksi final menentang Home United dari Singapura di pentas akhir.

Dalam perlawanan tersebut, JDT juga terpaksa menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Mohd. Farizal Marlias dilayangkan kad merah pada waktu kecederaan kerana bertindak menolak pengadil.

JDT Gagal Mara Final Zon ASEAN Piala AFC

Ketika pasukan Benjamin Mora sedang bersemangat memburu kemenangan di bumi Filipina, mereka dikejutkan dengan jaringan awal Kota Kawase pada minit ke-26 sekali gus meletakkan skuad Harimau Selatan dalam keadaan bahaya.

Seandainya jaringan itu kekal sehingga tamat permainan, Ceres Negros akan mara menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Bagaimanapun, sejurus babak kedua bermula, JDT menampilkan aksi bertenaga menerusi gerakan-gerakan menarik bagi mencari gol penting dalam perlawanan itu.

JDT Gagal Mara Final Zon ASEAN Piala AFC, Bermain 10 Orang Di Penghujung Perlawanan

Hasil kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Gabriel Guerra meledak jaringan penyamaan buat pasukan pelawat pada minit ke-66.

Ketika perlawanan hampir pasti berkesudahan seri 1-1, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti selepas Aidil Zafuan Abd. Radzak mengasari pemain tuan rumah ketika mereka sedang mengambil sepakan penjuru.

Mesti Baca: Tak Boleh Tahan Tengok Gambar Ni….

Kesempatan yang diberikan itu tidak dipersia-siakan tuan rumah apabila penyerang mereka, Fernando Rodriguez mudah mengelirukan Farizal untuk meraih gol kemenangan Ceres Negros.

Seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Farizal kemudian bertindak menolak pengadil perlawanan menyebabkan dia dibuang padang pada waktu kecederaan yang sekali gus memaksa JDT beraksi dengan hanya 10 pemain. Sumber

Walaupun JDT gagal mara final Zon ASEAN Piala AFC tetapi sebagai satu-satunya wakil tunggal negara yang mara sehingga peringkat separuh akhir ianya sudah menjadi satu kebanggaan kepada kita.

Langkah mereka terhenti tetapi pencapaian mereka sukar dicapai mana-mana pasukan dalam negara kita buat masa sekarang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!