Menu

JDT Hampir Pasti Juara Liga Super 2017, Naib Juara Masih Terbuka

JDT Hampir Pasti Juara Liga Super 2017, Naib Juara Masih Terbuka. Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan untuk menggenggam takhta juara Liga Super 2017 dengan perbezaan sebanyak 11 mata dengan pasukan di tangga kedua liga iaitu Kedah.

Sehingga kini, JDT telah mengumpul 39 mata daripada 16 perlawanan liga dengan mencatat 12 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan.

Melihat kepada situasi semasa, JDT dilihat konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan liga berbanding pesaing terdekat iaitu Kedah, Pahang, Felda United, Selangor dan Perak yang dilihat mempamerkan aksi terumbang-ambing dan merosot selepas liga berehat panjang sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal baru-baru ini.

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

Paling ketara adalah pasukan Pahang dan Kedah yang dijangka sebagai pesaing terkuat JDT bagi saingan Liga Super 2017 dilihat tidak konsisten dan mencicirkan banyak mata berharga untuk menghambat JDT.

Juara Liga Super 2017

Kedudukan Terkini Liga Super 2017

JDT Hampir Pasti Juara Liga Super 2017, Pasukan Mana Yang Akan Tersungkur Ke Liga Perdana?

Melihat kepada carta semasa Liga Super 2017, kedudukan pasukan kelompok pertengahan dan bawahan liga masih belum selamat yang mana semua pasukan masih bersaing untuk tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

Pasukan tersebut adalah T-Team, Kelantan, PKNS FC, Sarawak, Melaka United dan Pulau Pinang.

Sedikit menghampakan apabila melihat dua pasukan yang baru naik pangkat ke Liga Super 2017 iaitu Melaka United dan Pulau Pinang dilihat menghuni dua tangga terbawah.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Apakah mereka akan terjerumus semula ke Liga Perdana musim depan?

Harap pengurusan dan pemain kedua-dua pasukan mengambil kesempatan memperbaiki kelemahan masing-masing dan mengubah kedudukan mereka dalam liga. Mereka masih punyai peluang!

Paling mengejutkan adalah juara Liga Perdana musim lepas iaitu Melaka United yang dilihat akan muncul sebagai pencabar terkuat dalam Liga Super 2017 berdasarkan reputasi hebat mereka di Liga Perdana musim lepas tetapi entah di mana silapnya mereka tersungkur dalam kancah liga super.

Dengan saingan liga Malaysia tahun ini semakin hampir ke penghujungnya, JDT dilihat sebagai calon utama juara Liga Super 2017.

Calon naib juara masih terbuka begitu juga pasukan mana yang akan tersingkir ke liga perdana juga masih belum boleh ditentukan selagi liga belum berakhir.

Siapa juara Liga Super 2017, pasukan mana yang tersingkir? Kita nantikan..

Teruskan menyokong pasukan kesayangan anda 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!