1 Kemenangan Lagi Sah JDT Juara Liga Super 2017

JDT juara Liga Super 2017! Kelab yang diberi jolokan Harimau Selatan tersebut hanya perlukan 1 kemenangan saja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga super empat musim berturut-turut. Melihat kepada perkembangan semasa, mereka sukar digugat di sebalik prestasi terumbang-ambing pesaing terdekat mereka iaitu Kedah dan Pahang.

Perlawanan terdekat mereka menentang pasukan Selangor. Jika menang, mereka boleh meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2017 lebih awal walaupun masih berbaki 3 perlawanan lagi.

Admin percaya JDT boleh melakukannya, walaupun JDT tewas kepada Selangor dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia baru-baru ini tetapi itu bukan ukuran kekuatan sebenar JDT kerana ramai yang sedar JDT tidak terlalu menumpukan saingan Piala Malaysia.

Admin sokong mana? sebagai anak jati Pahang tentulah admin menyokong pasukan Pahang tetapi agak mengecewakan prestasi Pahang selepas berehat panjang sempena Ramadhan dan Syawal. Untuk mengekalkan tempat ketiga liga pun nampak agak sukar ketika ini.

Pasukan lain pun sudah mula menunjukakan peningkatan terutama pasukan dua terbawah liga iaitu Melaka dan Pulau Pinang yang mencatat kemenangan liga baru-baru ini untuk megelakkan tersingkir ke liga perdana musim depan.

1 Kemenangan Lagi Sah JDT Juara Liga Super 2017

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan status selaku juara Liga Super musim ini.

Skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu terus garang membaham pasukan lawan apabila menjinakkan Perak 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kemenangan tersebut semakin mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga dengan mengumpul 45 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.

Setakat ini, kedudukan mereka memang sukar digugat kerana mempunyai kelebihan 11 mata daripada pencabar terdekat mereka, Kedah.

Andai menang pada aksi menentang Selangor, 5 Ogos depan, JDT sudah sah bergelar juara liga buat kali keempat sejak melakukannya pada musim 2014, 2015 dan 2016.

Pada aksi malam tadi, JDT dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pasukan pelawat pada minit ke-45 menerusi Mohd. Hafiz Kamal, namun ia tidak meletakkan pasukan tuan rumah dalam keadaan tertekan kerana mereka dilihat tampil lebih bertenaga pada separuh masa kedua.

JDT Juara Liga Super

Sumber gambar: Kosmo! Online

Hasilnya, JDT berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 menerusi Fadhli Shas sebelum Mohammed Ghaddar menjaringkan gol kemenangan (m-59).

“Kemenangan ini sangat bermakna buat JDT kerana ia akan mengukuhkan lagi peluang kami untuk mengekalkan kejuaraan. Para pemain telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik walaupun nampak agak goyah pada separuh masa pertama.

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

“Begitupun mereka telah membuktikan kemampuan sebenar pada separuh masa kedua tanpa mensia-siakan setiap peluang untuk menjaringkan gol. Perak juga tidak kurang hebatnya yang telah memberi saingan hebat sepanjang perlawanan malam ini (semalam),” kata jurulatih JDT, Ulisses Morais selepas perlawanan tersebut.

Turut menjadi tumpuan pada aksi malam tadi ialah persaingan antara tiga pasukan terbawah liga iaitu Melaka United, Sarawak dan Pulau Pinang yang sedang berusaha keras untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Melaka United nampaknya agak selamat seketika selepas menewaskan Sarawak 4-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala pasukan tercorot, Pulau Pinang mengejutkan Pahang 2-0 di Batu Kawan.

Keputusan tersebut membolehkan Melaka United naik ke tangga ke-10 liga dengan 15 mata manakala Sarawak turun ke tangga ke-11 (14 mata).

Pulau Pinang kekal menghuni tangga tercorot dengan 12 mata – Sumber

Sah JDT Juara Liga Super 2017 jika menang dalam perlawanan seterusnya menentang Selangor nanti.

Tentunya Selangor tak akan beri laluan mudah, mungkin mereka akan menangguhkan seketika pesta JDT siapa tahu 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!