JDT Juara Liga Super Malaysia 2017, Cipta Sejarah Juara Kali Keempat Berturut-Turut

Tahniah JDT juara Liga Super Malaysia 2017! Walaupun tewas kepada pasukan Selangor tetapi mereka tetap menjuarai liga lebih awal kerana dibantu dengan kekalahan pencabar terdekat pasukan Kedah kepada Pahang sebentar tadi.

Memang daripada awal admin sudah menjangka JDT tetap akan menjuarai liga tahun ini kerana pasukan mereka sangat mantap di setiap posisi. Jika pasukan kedua diturunkan pun mereka tetap mampu mencipta kemenangan kerana pasukan JDT dibarisi pemain-pemain bola sepak terbaik negara.

Tambahan pula mereka konsisten mencipta kemenangan selepas liga berehat kerana bulan ramadhan dan syawal berbanding pesaing terdekat Kedah dan Pahang yang sedikit terumbang-ambing mencari rentak kemenangan.

Sekali lagi, Tahniah JDT juara Liga Super 2017!

JDT Juara Liga Super Malaysia 2017, Cipta Sejarah Juara Kali Keempat Berturut-Turut

Meskipun tewas 1-2 kepada Selangor tetapi ia tidak menghalang Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan pasukan Harimau Selatan itu hadir selepas menyaksikan pencabar terdekat, Kedah kecundang kepada Pahang di Kuantan.

Dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu, pasukan bimbingan Ulisses Morais membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah berbisa, Natxo Insa pada minit ke-39.

JDT Juara Liga Super Malaysia 2017

Bagaimanapun, Gergasi Merah menyamakan kedudukan hasil jaringan bekas penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-59 sebelum pemain sayap lincah Selangor, Andik Vermansyah meledak gol kemenangan pada minit ke-77.

Mesti Baca: Pulau Pinang, Selangor Hutang Terendah. Pahang Juara Hutang Tertinggi

Di Stadium Darul Makmur, impian Kedah untuk terus menekan JDT memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama sejak 2008 lebur selepas tewas 1-2 kepada Pahang.

Penyerang import skuad Tok Gajah, Yamil Romero menjaringkan gol pertama buat pasukan tuan rumah (min-64), bagaimanapun Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

Begitupun, kelebihan skuad Hijau Kuning itu tidak bertahan lama apabila Matheus Alves menjaringkan gol kemenangan berselang dua minit kemudian sekali gus perjuangan mereka untuk menghambat JDT terkubur.

JDT dinobatkan juara Liga Super lebih awal selepas meraih 45 mata daripada 19 perlawanan, mengatasi Kedah dengan kelebihan 11 mata. – SUMBER

Tahniah JDT juara Liga Super Malaysia 2017!

Tumpuan kini ke arah pasukan Kedah dan Pahang untuk berentap merebut tempat kedua.

Begitu juga pasukan di bawah liga seperti Kelantan, Melaka United, Sarawak dan Pulau Pinang yang pastinya akan berusaha sedaya yang boleh untuk mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Liga Super Malaysia 2017 akan berehat sebulan untuk memberi laluan kepada Sukan SEA.

Leave a Reply

error: Content is protected !!