JDT Kecundang Separuh Akhir Piala AFC

Kelab Johor Darul Takzim (JDT) gagal mempertahankan piala AFC yang dimenangi musim lalu apabila kecundang di separuh akhir kepada JSW Bengaluru dengan jaringan 3-1. Ini adalah perlawanan timbal balik yang mana kedua-dua pasukan seri 1-1 ketika JDT menjadi tuan rumah di Johor Bahru pada 28 September lalu.

Kelebihan memang dilihat memihak kepada JSW Bengaluru sebelum perlawanan bermula kerana kelebihan jaringan gol di tempat lawan yang dimiliki JSW Bengaluru.

Baca Juga: Irfan Bakti Jurulatih Terengganu Musim Depan

Tambahan pula ketiadaan tonggak import dan mesin jaringan gol JDT iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero dilihat memberi impak kepada barisan serangan JDT.

Piala AFC

Walaupun JDT mendahului 1-0 menerusi tandukan Safiq Rahim ketika permainan dalam minit ke-11 namun JSW Bengaluru membalas semula dengan dua jaringan melalui Sunil Chhetri dan Juan Antonio Fernandez untuk memastikan tuan rumah menang dengan agregat 4-2 setelah seri 1-1 di Johor Bahru pada 28 September lalu.

Walaupun gagal dalam misi pertahan piala AFC tapi sekalung tahniah kepada kelab Johor Darul Takzim (JDT) kerana layak sehingga separuh akhir piala AFC dan muncul satu-satunya kelab bolasepak dari Malaysia yang mampu memenangi piala AFC.

Walaupun gagal mempertahankan piala AFC, kelab dan peminat seharusnya berbangga dengan pencapaian mendakap 3 piala dalam saingan liga tempatan.

Semoga ada pasukan dan kelab lain dari Malaysia yang mampu mengulangi dan menyamai pencapaian hebat JDT dalam saingan AFC pada masa depan.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!