Jenis Cemburu Yang Disukai Dan Dibenci Allah

Perasaan cemburu adalah normal bagi seorang manusia cuma jenis cemburu yang macam mana sama ada cemburu biasa atau cemburu buta. Tiada manusia yang tiada perasan cemburu, ianya lumrah.

Ada cemburu yang disukai dan dibenci Allah;

Daripada Jabir bin Atik, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah ialah kecemburuan berisi keraguan (bertempat, tidak melulu) sedangkan yang dibenci Allah ialah kecemburuan yang tidak ragu-ragu lagi (tidak bertempat, melulu).” (Riwayat Abu Daud)

Apapun, cemburu biarlah bertempat. Jangan biarkan api cemburu menjadi titik tolak kepada perpecahan, permusuhan dan perceraian.

Ada 3 Jenis Cemburu. Anda Yang Mana Satu?

Terdapat 3 jenis cemburu iaitu cemburu yang terpuji, cemburu yang berlebihan dan cemburu yang dimaafkan.

1. Cemburu Yang Terpuji

Saad bin Ubadah berkata, “Wahai Rasulullah, seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama isteriku, adakah aku tidak boleh menghukumnya sebelum aku mendapat empat saksi?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya. Tidak boleh.”

Ia suatu yang terpuji apabila masih ada perasaan ‘cemburu’ ketika pasangan berbuat maksiat. Namun, fitrah itu boleh menjadi fitnah.

Jika diikutkan hati Saad, mahu saja dia memenggal kepala isterinya. Namun, walau marah macam mana sekalipun kepada pasangan, kita tidak boleh membuat tindakan melulu.

Ia mesti bertempat dan merujuk peraturan. Allah SWT dan Rasul lebih cemburu apabila mengharamkan semua yang keji, zahir atau batin.

Pembuat syariat juga sangat bijaksana apabila tidak membenarkan membunuh sesuka hati tanpa memberi ruang kepada orang yang dituduh untuk diadili dan didatangi empat saksi.

Mesti Baca: 6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Bekerja

Mesti Baca: 10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak

Jenis Cemburu

2. Cemburu Yang Berlebihan

Di sisi orang cemburu, kecemburuan seperti itu harus ditahan dengan sifat sabar. Harus dijauhi hal yang boleh membangkitkannya.

Mencegah sebelum merawat manakala pihak yang dicemburui hendaklah mengendalikan perilaku supaya tidak keluar daripada batasan syarak.

Umar pernah cemburu terhadap isterinya yang pergi ke masjid. Namun, beliau tidak pernah melarang isterinya pergi ke masjid kerana bimbang perbuatannya itu mengingkari sabda Baginda iaitu “Janganlah kamu mencegah hamba-hamba Allah untuk datang ke masjid Allah.”

3. Cemburu yang Dimaafkan

Cemburu dalam kategori ini dimaafkan selagi tidak melakukan perkara yang haram iaitu:

  • Kecemburuan isteri terhadap bekas isteri suaminya.
  • Kecemburuan seorang wanita kepada madunya.

Ujian pertengkaran, konflik dan persaingan biasanya akan menimpa isteri-isteri yang bermadu. Ia sukar dielakkan. Namun berusahalah menahan diri daripada terbabas melakukan perkara haram.

Contoh perkara haram ialah sekumpulan isteri sepakat untuk berbohong. Minuman madu yang manis di rumah seorang isteri yang lain dikatakan berbau busuk supaya suami menjauhi. Itulah yang Allah tegur terhadap sekumpulan isteri Nabi di dalam al-Quran.

Al-Miswar bin Mahkramah berkata: “Ali meminang puteri Abu Jahal. Lalu hal itu didengari Fatimah. Kemudian Fatimah datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Kaummu mengira engkau tidak memarahi anak-anak perempuanmu, tetapi Ali hendak mengahwini puteri Abu Jahal.”

Kemudian Rasulullah berdiri, maka aku mendengar ketika Baginda bersaksi seraya berkata: “Sesungguhnya Fatimah itu sebahagian daripadaku dan aku tidak suka dia disakiti.” Baca Artikel Penuh

Daripada 3 jenis cemburu ini, cemburu yang berlebihan atau cemburu buta mesti dielakkan kerana ianya boleh membawa perpecahan dan perceraian.

Cemburu sebenarnya adalah perasaan yang bagus terutama dalam hubungan suami isteri tetapi jangan melampau sangat sehingga pasangan rasa terbeban.

Leave a Reply

error: Content is protected !!