Jenis-Jenis Keganasan Rumah Tangga Dan Bagaimana Berlaku?

Siapa yang tak mahu keluarga bahagia betul tak? Tambahan pula rumah tangga dibina bersama orang yang dicintai tetapi realiti kehidupan tidak semuanya indah. Fasa bercinta dan memasuki awal perkahwinan segalanya nampak manis tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Akhirnya keganasan rumah tangga berlaku dan menyebabkan kehidupan seperti di dalam neraka. Di mana silapnya? Tahu tak apa jenis keganasan rumah tangga yang dimaksudkan? Dan bagaimana keganasan rumah tangga berlaku?

Keganasan rumah tangga adalah bentuk kegansan, penyalahgunaan atau ugutan bertujuan untuk mengawal atau menunjukkan kuasa ke atas pasangan.

Jenis-Jenis Keganasan Rumah Tangga

Merujuk kepada maksud keganasan rumah tangga, kita dapat lihat beberapa jenis keganasan rumah tangga yang berlaku pada hari ini.

1. Emosi Dan Psikologikal

  • Membuatkan mangsa rasa tidak bernilai dengan menghina, mengancam, pemantauan berterusan dan lain-lain.
  • Penderaan lisan menyebabkan tekanan emosi.

2. Fizikal

  • Sebarang sentuhan tidak diingini sama ada ada ganas atau tidak
  • Menolak, menarik atau mencengkam
  • Membaling objek

Mesti Baca: Cara Mudah Kawal Emosi Ibu Dan Anak

Mesti Baca: Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

 

Jenis-Jenis Keganasan Rumah Tangga Dan Bagaimana Berlaku?

3. Seksual

  • Apa-apa tekanan/paksaan bersifat seksual dengan seseorang yang tidak berada dalam keadaan waras dan tidak dapat menyatakan persetujuan sebagai contoh diberi dadah dan dalam keadaan mabuk.

4. Kewangan

  • Keengganan untuk memberi wang untuk barangan yang diperlukan
  • Memberi elaun tetapi memantau pembelian dengan teliti

5. Sosial

  • Keganasan lisan/emosi menggunakan teknologi untuk membuli, mengganggu, mengintip atau menakutkan pasangan
  • Mencuri kata laluan pasangan untuk mengintip pasangan di media sosial

Bagaimana Keganasan Rumah Tangga Berlaku?

Kita sudah tahu jenis-jenis keganasan rumah tangga tetapi bagaimana ianya berlaku? Ada beberapa fasa kejadian keganasan rumah tangga yang mungkin kita boleh perhatikan.

1. Fasa Tekanan Terjadi

  • Tekanan meningkat, kegagalan komunikasi, mangsa ketakutan dan merasakan perlunya menenangkan pasangan.

2. Fasa Kejadian

  • Ancaman lisan, emosi dan fizikal termasuk kemarahan, menyalahkan, bertengkar, ugutan dan menakut-nakutkan pasangan.

3. Fasa Pendamaian

  • Pelaku meminta maaf, beri alasan, menyalahkan mangsa dan menafikan keganasan yang berlaku atau mengatakan ia tidak begitu serius seperti dakwaan mangsa

4. Fasa Bulan Madu

  • Insiden dilupakan dan tiada keganasan berlaku

Cuba kita perhatikan jenis-jenis keganasan rumah tangga tersebut? Mungkin ada yang kita pernah lakukan tanpa menyedari ianya adalah satu bentuk keganasan kepada pasangan.

Sayangilah pasangan, terimalah kekurangan pasangan seadanya. Tiada yang sempurna. Elakkan keganasan rumah tangga kerana akhirnya akan menghancurkan rumah tangga dan anak yang akan menerima akibatnya.

Sumber Artikel

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!