Menu

Jobstreet: Mohon Gaji RM6,500 Antara Sebab Graduan Menganggur

Menurut kaji selidik oleh Jobstreet.com bulan lepas mendapati permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah antara sebab graduan menganggur.

Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si berkata melalui kaji selidik yang dijalankan, apabila ditanya majikan mengapa sukar bagi graduan baru diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa graduan tersebut meminta gaji yang tidak realistik.

“Kira-kira 30 peratus daripada graduan baru meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

Sebab Graduan Menganggur

 

Ada Lima Sebab Graduan Menganggur

Menurut kajian pihak Jobstreet.com lagi, ada lima sebab utama mengapa graduan baru tidak diambil bekerja iaitu:

  • Graduan┬ámeminta gaji yang tidak realistik
  • Lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris
  • Terlalu memilih kerja atau syarikat
  • Kelemahan kemahiran komunikasi
  • Perwatakan, sikap dan personaliti yang tidak menarik majikan

Simon Si berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Panduan Gaji Graduan Baharu JobStreet.com 2016/2017 yang pertama di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini.

Baca Juga: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Tak tahu nak cakap apa apabila melihat kajian daripada Jobstreet ni. Admin setuju dengan lima sebab graduan menganggur seperti dinyatakan Jobstreet

Bayangkan dengan pengalaman kerja yang kurang atau tiada, bagaimana graduan baru boleh terfikir nak mohon gaji sampai RM6,500 sebulan?

Kalau terlalu memilih kerja, nak gaji sedap je sampai ke sudahlah graduan menganggur ­čÖé

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!