Menu

Jom Mandi Lampu Di Festival Lampu Putrajaya 2016

Festival Lampu Putrajaya 2016 sedang berlangsung selama tiga malam berturut-turut bermula semalam sempena sambutan ambang 2017. Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU 2016) menyaksikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dimeriahkan dengan cahaya lampu berwarna-warni.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api digital yang pertama kali dipersembahkan bagi meraikan detik Ambang Tahun Baru 2017 di Dataran Putrajaya pada tengah malam 31 Disember 2016.

Baca Juga: Rapid KL Operasi Sehingga 2 Pagi Sambut 2017

Selain lokasi utama di Dataran Putrajaya, festival yang memasuki edisi keempat itu turut membabitkan sebahagian besar bangunan kerajaan di Persiaran Perdana, Kompleks PPj dan Istana Kehakiman.

Festival Lampu Putrajaya 2016

Festival Lampu Putrajaya 2016

Festival Lampu Putrajaya 2016

Festival Lampu Putrajaya 2016

LAMPU 2016 anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan bertemakan Nusantara itu berlangsung dari pukul 7.30 malam hingga 12.30 tengah malam.

Baca Juga: Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Festival LAMPU Putrajaya 2016 yang menyerikan suasana malam di Putrajaya dengan warna-warni dijangka menarik lebih 700,000 pengunjung tempatan dan luar negara – Sumber Kosmo Online

Menarik ni! Admin rasa macam nak pergi kalau sempat. Tiga malam bermula semalam maknanya hari terakhir 01 Januari 2017. Siapa yang sempat atau tinggal berdekatan Putrajaya jangan lepaskan peluang menyaksikan Festival Lampu Putrajaya 2016 ok.

Apapun, selamat tahun baru 2017 daripada Admin Carian Semasa!

Jumpa lagi tahun depan. Esok je pun 🙂

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!