Menu

Jom Tengok Gaya Makan Rakyat Malaysia. Mungkin Terkena Batang Hidung Sendiri.

Malaysia kaya dengan makanan. Dengan kepelbagaian kaum, macam-macam jenis makanan ada di negara kita. Begitu juga dengan gaya makan rakyat Malaysia. Macam-macam gaya dan ragam.

Biasa tengok ayah kita makan? adik beradik? kawan?

Atau….

Perhatikan di kedai makan tengok kerenah dan gaya makan orang lain boleh buat kita ketawa atau buat kita marah.

Jom kita tengok gaya makan rakyat Malaysia yang admin petik daripada Sinar Harian Online.

Ragam Dan Gaya Makan Rakyat Malaysia

1. Cerewet

Pernah jumpa tak kawan-kawan yang cerewet? Mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan memesan makanan, banyak pula pantang larangnya itu tak boleh ini tak bloeh.. contohnya, tak mahu sayur, tak boleh ada ajimomoto dan sebagainya.

2. Suka Bergambar (Swafoto Dengan Makanan)

Sebelum makan wajib ambil gambar makanan dan memuat naik di dalam media sosial tambah pula makan di restoran mahal.

gaya makan rakyat Malaysia

3. Makan Bersepah

Pernah tengok orang makan bersepah? Gaya makan yang nampak gelojoh dengan makanan berterabur atas meja makan.

4. Makan Secara Diet

Nak makan tapi banyak songeh.. tanya pelayan macam-macam.. kalori berapa.. minyak masak apa guna.. macam-macam lagilah.. rimas tengok orang macam ni..

5. Kunyah Dengan Kuat

Nampak biadap bila makan dengan kuat. Orang lain nak makan pun tak aman.. dia punya gaya makan macam setahun tak makan.

gaya makan rakyat Malaysia

6. Sapu Habis

Orang ini jenis yang tidak suka lihat makanan terbiar. Siapa pun yang makan dia sebat tolong habiskan.. janji licin pinggan.. rugi katanya..

7. Kedekut

Tidak suka berkongsi makanan. Jangan harap nak minta bahagian dia.

8. Makan Perlahan

Ini yang ramai tension… kita dah habis makan dia belum lagi.. nak tunggu dia habiskan makanan boleh tidur mandi dahulu.

gaya makan rakyat Malaysia

9. Makan Semua Benda

Orang jenis ini makan laju. Semua dia sebat sekaligus. Tak ada yang tak makan.. kalau letak kayu pun dia tak perasan.

10. Suka Meminta

Jenis suka meminta makanan orang lain. Dia punya ada tapi minta orang lain punya. Orang jenis ini suka “merasmikan” makanan sebelum orang lain rasa.

Mesti Baca: Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Itulah ragam dan gaya makan rakyat Malaysia.

Macam-macam gaya..

Mungkin ada yang terkena batang hidung sendiri..

Ingat! Kita tak sedar gelagat kita sentiasa diperhatikan..

Gelagat makan yang buruk jadi buah mulut rakan-rakan..

Jadi, cubalah makanlah dengan tertib 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!