Jualan Tiket Online Final Piala FA 2017 Pada 17 Mei, Pembelian Di Kaunter 18 Mei

Info Jualan Tiket Online Final Piala FA 2017. Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) masing-masing mendapat peruntukan 32,000 tiket untuk penyokong mereka bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, 20 Mei ini. Jualan tiket online Final Piala FA 2017 bermula hari Rabu, 17 Mei manakala pembelian di kaunter akan bermula pada hari Khamis, 18 Mei.

tiket online Final Piala FA 2017

Bagi yang bercadang membawa anak-anak, sebanyak 750 tiket, masing-masing kepada kedua-dua pasukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Mesti Baca: Jurulatih Harimau Malaya Sudah Ada, Ghaddar Ke JDT Pula…

Sebanyak 6,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian melalui laman www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini pada pukul 10 pagi manakala penebusan tiket dalam talian boleh dibuat mulai tengah hari Khamis ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Info Jualan Tiket Online Final Piala FA 2017

Kuota keseluruhan: 74,000 keping tiket + 2,000 keping tiket kanak-kanak

Kuota setiap pasukan: 32,000 keping tiket + 750 keping tiket kanak-kanak

Kuota jualan tiket online: 6,000 keping tiket + 500 keping tiket kanak-kanak di www.tickethotline.com.my

  • Jualan online bermula 17 Mei, Rabu 10.00 pagi
  • Penebusan tiket di kaunter Lobi VIP, Stadium Malawati 18 Mei, Khamis bermula 12:00 tengahari hingga 19 Mei, Jumaat bermula 10:00 pagi (10:00am-6:00pm)

Tiket akan dijual di kaunter pada 18 Mei, Khamis 10:00 pagi.

Harga tiket RM50.

Pintu Masuk Penyokong:

  • Pahang FA melalui Pintu Quadrant C & B.
  • Kedah FA melalui Pintu A & D.

Jualan Tiket Online Final Piala FA 2017

Kedah mara ke final Piala FA 2017 selepas membenam Terengganu dengan agregat 4-0 manakala Pahang pula menempah tiket mereka menerusi kemenangan agregat 3-1 ke atas Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir.

Skuad Lang Merah muncul juara Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 manakala Pahang juara Piala FA pada 2006 dan 2014.

Siapa yang berkesempatan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda di stadium Shah Alam, 20 Mei nanti.

Bagi yang tidak hadir ke stadium janghan lepaskan peluang menyaksikan siaran lansung Final Piala FA 2017 nanti.

Perhatian sekali lagi, jualan tiket online Final Piala FA 2017 bermula Rabu dan jualan di kaunter Khamis ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!