Jumlah Bonus Tabung Haji 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus tabung haji 2016, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.
Bayaran bonus atau hibah berkenaan secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pendeposit manakala tambahan bonus haji pula akan memanfaatkan 8.5 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.
Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Tabung Haji 2016 di kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik – Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik, selewat-lewatnya pada Isnin, 6 Februari ini
Jumlah Bonus Tabung Haji 2016
Bonus Tahunan: 4.25 %
Bonus Tambahan Yang Belum Menunaikan Haji 2016: 1.5 %
Tarikh Pengkreditan: 06 Februari 2017 (Isnin)
Sementara itu, Tabung Haji akan terus mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah pada tahun ini walaupun kos sebenar meningkat kepada RM19,550 seorang. Klik Untuk Info Lanjut
Bonus Tabung Haji 2016 dah diumumkan.
Semua pendeposit boleh menyemak akaun masing-masing selewat-lewatnya pada Isnin, 6 Februari ini.
Manfaatkan simpanan di Tabung Haji sebaik mungkin.