Menu

Juruterbang TUDM Maut: Saksi Lambai Tangan Sangka Buat Latihan

Ketika umat islam sudah mula sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri seminggu sahaja lagi, kita dikejutkan dengan tragedi dua juruterbang TUDM maut hari ini di Kampung Pondok Pasir, Ibol, Kemaman.

Sayang sekali kerana menurut saksi kejadian, salah seorang juruterbang sempat memberi isyarat tangan pangkah tanda meminta pertolongan tetapi saksi beranggapan juruterbang tersebut sedang membuat latihan.

Jika tidak mungkin ada sedikit harapan kedua-dua juruterbang tersebut dapat diselamatkan. Apapun, sudah ajalnya ditetapkan begitu dan mereka menemui Tuhan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga roh kedua-dua juruterbang tersebut dicucuri rahmat.

Juruterbang TUDM Maut Sempat Beri Isyarat Pertolongan

KEMAMAN – Salah seorang daripada dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam tragedi pesawat pejuang jenis Hawk 108 dilihat sempat membuat isyarat meminta pertolongan kepada penduduk kampung sebelum terjatuh di kawasan berpaya di Kampung Pondok Pasir, Ibol dekat sini hari ini.

Seorang penduduk, Siti Zamilah Mohd. Hussin, 27, berkata, kelibat dua pegawai TUDM itu dalam keadaan berpayung terjun tersebut dilihat sewaktu dia sedang menyapu sampah di halaman rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari.

Mesti Baca: Urusan ASB Tidak Perlu Buku Mulai 28 Jun, Kad Pengenalan Cukup

“Sewaktu sedang menyapu di halaman rumah tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum kelihatan kelibat dua lelaki berpakaian hitam yang memakai payung terjun.

Juruterbang TUDM Maut

MEJAR Mohd Hasri Zahari (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof

“Salah seorang daripada mereka dilihat membuat isyarat tangan pangkah kepada saya sambil menarik-narik tali payung terjun,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Siti Zamilah berkata, dia yang tidak mengetahui perbuatan membuat tangan pangkah terbabit merupakan isyarat meminta pertolongan.

Menurutnya, dia sekadar membalas dengan melambai-lambaikan tangannya kerana menyangka kedua-dua pegawai TUDM sedang menjalani latihan payung terjun. – Sumber

Semoga keluarga kedua-dua juruterbang TUDM maut tersebut bertabah dan sabar dengan ujian ini.

Daripada pembacaan admin, gambar bangkai pesawat yang tersebar melalui Whatsapp dan Facebook katanya palsu dan pihak berkuasa masih giat mencari.

Janganlah mengambil kesempatan menyebarkan berita dan gambar palsu dalam keadaan macam ni ok.

Leave a Reply

error: Content is protected !!