Menu

Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Hari ini kabinet mencapai keputusan menetapkan jumlah denda AES sebanyak RM150 seperti yang dikatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di lobi Parlimen sebentar tadi.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan kerajaan akan menghapuskan 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan sejak AES beroperasi pada 2012.

Pesalah trafik sebelum keputusan ini dikeluarkan tetap perlu membayar jumlah denda AES sebanyak RM150 itu.

Pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu.

Jumlah Denda AES

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES) berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

AES digunakan meliputi kesalahan berikut:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

Keputusan kabinet hari telah menetapkan jumlah denda AES sebanyak RM150. Walaupun terdapat kempen membantah perlaksaan AES ini tetapi keputusan telah dibuat.

Jika ada kesalahan trafik yang dikesan melalui AES kita terpaksa membayarnya jika tidak mahu disenarai hitam (blacklist) dan tidak dapat memperbahui lesen memandu nanti.

Anda marah? 🙂

Baca Juga: Lebih Sejuta Penunggang Motosikal Tanpa Lesen

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!