Menu

Betul Ke Ada Kad Pengenalan Bangsa Johor?

Tular di laman sosial kad pengenalan bangsa Johor dikeluarkan untuk anak negeri Johor mendapatkannya.

Cerita bangsa Johor ni semakin kerap kita dengar..

Nanti keluar pula kad pengenalan bangsa Pahang, Perlis, Perak macam-macam lagi…

Tetapi…. betul ke kad pengenalan bangsa Johor dikeluarkan?

Kenyataan daripada kerajaan negeri Johor tentang pengeluaran kad pengenalan ini hanya BOHONG semata-mata.

Kad Pengenalan Bangsa Johor

Kerajaan negeri Johor menafikan ada mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang viral dalam media sosial.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani, berkata kad berkenaan seperti itu tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri.

Mesti Baca: Lebih Sejuta MyKad Hilang Dalam Tiga Tahun

“Kad berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri ini.

“Malah penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya – Sumber

Sah! kad pengenalan bangsa Johor hanya bohong semata-mata..

Ini tak lain kerja budak nakal je 🙂

Tak payah main isu bangsa ni..

Pada admin sama je…

Bangsa Johor, Pahang, Kelantan mana ada beza..

Semua bawah satu bendera Malaysia…

Cukuplah tu….

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!