Kadar Inflasi Malaysia Berpotensi Naik 2.8 Peratus 2017

Menurut kajian Firma penyelidikan, Nomura Research, kadar inflasi Malaysia berpotensi untuk naik setinggi 2.8% pada tahun 2017 dan harga barang naik yang dijana oleh kelemahan berterusan nilai ringgit.

Firma penyelidikan tersebut menjangkakan inflasi Malaysia bakal meningkat ke tahap itu pada 2017 berbanding peningkatan purata 10 bulan sebanyak 2.1 peratus pada tahun ini.

“Ketika rakyat Malaysia di ambang menyambut tahun baru 2017, mereka berdepan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal. Perbelanjaan pengguna akan berkurangan ekoran barang yang diimport menjadi lebih mahal, menaikkan inflasi.

“Ia didorong terutamanya oleh kesan asas daripada harga bahan api,”.

kadar inflasi malaysia

Bagi Ahli Ekonomi UOB Malaysia, Julia Goh pula berkata, pihaknya menjangkakan tekanan kadar inflasi Malaysia bakal melonjak ke paras 2.5 peratus sejajar kenaikan indeks harga pengguna (CPI). Mengenai prestasi matawang tempatan pula, Goh menjangka nilai ringgit akan berlegar-legar di paras RM4.50 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) tahun 2017.

Baca Juga: Bil Elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017

“Kami menjangka risiko kenaikan berikutan kelemahan mata wang, harga makanan yang lebih tinggi, kenaikan sederhana dalam harga minyak, kemungkinan penyelarasan gas dan tarif elektrik selain proses rasionalisasi subsidi.

“Dengan luputnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan menjelang akhir tahun juga boleh memberi kesan kepada pelarasan harga tahun depan walaupun kerajaan mungkin mengumumkan langkah-langkah baru untuk mengelakkan kenaikan harga melampau,”.

Sementara itu, PublicInvest Research pula dalam nota strategi 16 Disember yang lalu berkata, ringgit mampu pulih secara purata antara RM4.10 dan RM4.15 berbanding dolar AS pada 2017.

“Walaupun kekal positif dalam jangka panjang ke atas ringgit, kita mesti mengakui hakikat bahawa pegangan hutang asing dalam negeri kekal tinggi.

“Pada kiraan November yang lalu, hutang itu berjumlah RM181.8 bilion dalam hutang kerajaan tempatan, RM23 bilion dalam Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan RM17.1 bilion hutang sektor swasta untuk kekangan RM221.9 bilion,” – Sumber dipetik daripada Malaysiakini

kadar inflasi malaysia

Apa yang membimbangkan rakyat Malaysia adalah harga barang naik. Jika kajian kadar inflasi Malaysia naik 2017 menjadi kenyataan, harga barang pasti naik!

Kesan inflasi kepada individu adalah inflasi akan mengurangkan pendapatan benar seseorang. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!