Menu

Kakitangan Kontrak Kerajaan Diserap Jawatan Tetap Selepas 15 Tahun Berkhidmat

Ramai kakitangan kontrak kerajaan tidak senang duduk apabila tempoh kontrak mereka hampir tamat. Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini mendapat pekerjaan agak sukar. Bayangkan jika mereka tidak mendapat sambungan kontrak?

Bagi kakitangan kontrak yang masih bujang sudah tentu tidak terlalu dibebani masalah tetapi bagi yang telah berkahwin dan beranak pinak ditamatkan kontrak ibarat malapetaka.

Mesti Baca: Panas! Ramai Kakitangan Kerajaan Akan Diberhentikan?

Setiap tahun kakitangan kontrak kerajaan akan merintih supaya nasib mereka dibela dan diberi perhatian oleh kerajaan.

CUEPACS sebagai payung kepada kakitangan awam pun sentiasa mengambil berat nasib kakitangan kontrak dan mereka sentiasa berusaha membela kebajikan kakitangan kontrak. Syabas kepada mereka!

Kakitangan Kontrak Kerajaan Diserap Jawatan Tetap Selepas 15 Tahun Berkhidmat

Penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Disember tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kelayakan mereka untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.

Kakitangan Kontrak Kerajaan Dapat Tetap

“Tahun lepas, kerajaan membuat keputusan bahawa penjawat awam yang masih bertaraf kontrak, dilanjutkan perkhidmatan mereka hingga 31 Disember 2017 dan mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun, boleh diserap sebagai pegawai tetap,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di sini hari ini.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Menurut beliau, menjelang akhir tahun ini, mungkin terdapat permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berhubung isu petugas, khususnya staf yang kontrak mereka berakhir pada 31 Disember tahun ini dan kerajaan akan membuat keputusan tentang perkara itu.

Ali berkata, jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan setakat ini, tiada peningkatan dari segi jumlahnya, manakala jumlah penjawat awam kekal sebanyak 1.6 juta sejak lima tahun lepas – SumberĀ 

Pendapat admin mudah sahaja. Fokus kepada keutamaan.

Lupakan soal kenaikan umur persaraan kerana sampai bila golongan berumur hendak bekerja tetapi berikan lebih tumpuan kepada kakitangan kontrak kerajaan kerana mereka masih lama lagi berkhidmat.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!