Kalendar 2017: 1 Muharam Diubah Ke 22 September

Tarikh 1 Muharam 1439H di dalam kalendar 2017 diubah daripada 21 kepada 22 September 2017, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata, perubahan ini adalah ralat berbentuk teknikal yang disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak JAKIM ketika meneliti semula data bulan Zulhijjah.

Kalendar 2017Sumber Gambar: hmetro.com.my

“JAKIM merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)mengenai perkara berkaitan.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21kepada 22 September 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini – SumberĀ 

Mesti Baca: Tahun Baru Cina: Rebat Tol 50 Peratus PLUS

Ini bermakna 1 Muharam 1439H dalam kalendar 2017 yang jatuh pada hari Khamis (21 September 2017) ditukar kepada hari Jumaat (22 September 2017).

Leave a Reply

error: Content is protected !!